Tuesday, June 30, 2009

eBajet Pra UAT @ Mindef


30/6/2009 - Alhamdulilah...berjalan lancar walaupun pada mulanya ada sedikit masalah teknikal. Aku jadi penyeri je...urusan teknikal serah kat pakar la...

Sunday, June 28, 2009

Kondangan @ Rantau Panjang....Klang







Minggu bermula sepenuhnya menjalani kehidupan biasa setelah bercuti panjang.
Isnin pagi ke RMC dengan bawa sedikit buah tangan ....ramai kata nampak lain & kurus sikit.....Petang ke Mindef HQ jumpa pengarah IT NAVY...nampaknya SAPURA dah sapu semua project high profail.
Hari2 seterusnya sibuk dengan tender JPN. Kesilapan strategi ..terlambat hantar ..frust gak..tapi nak buat mcmana...
Sabtu...pagi ambik report card Alia..petang sepatutnya ambik report card sek agama Aqilah&Izuddin...tapi clash dgn Public Mutual Gold market update @ Sunway Resort...so zaujah je la pi sorang... Kat Sinway cari juga orang2 kita yang berkulit sawo matang...bole dikira dgn jari...
Ahad..sepatutnya rewang & kondangan rumah Paman Nang @ Rantau Panjang...rupanya stail kat sana masak siap seawal pkl 6am...so 'ngjagong & ngobrol' je la... balik dlm pkl 3...solat then zzzz...bahagianya dapat tidur petang yang panjang....dah lama x menikmatinya...hehe..lewat petang layan anak2 main basikal depan rumah..

Saturday, June 27, 2009

Report card Aqilah & Izzuddin




20&21/6/2009 - Sabtu pagi ambil report card kat SK Meru(2). Aqilah berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dlm kelas walaupun ada matapelajaran yang agak merosot. Izzuddin pula dapat no 7 walaupun keseluruhan pencapaian adalah baik. Mungkin rakan sekelas ramai yang pandai2. Satu persaingan yang sihat. Sentiasa beri galakan , dorongan & cabaraj kepada anak2 untuk terus cermelang. Rasa tak sedap badan..macam nak demam aje rasanya. Petang & malam rehat dirumah...Alhamdulilah demam cepat kebah..
Ahad- Pagi buat tender JPN kat opis. Petang giliran jaga anak2, zaujah g usrah. Malam tido awal...

Wednesday, June 17, 2009

Catatan bergambar sebagai tetamu Allah 2009

Selamat mendarat di KLIA
















Bersama Tn Hj Anuar @ Mesjid Terapung Jeddah.

















Roti canai&telur versi arab..

















Hari terakhir di Makkah...lepas tawaf sunat.






















Imej baru...moga mendapat umrah yang mabrur...aminn..






















Penyerahan total....moga dosa2 ku gugur bersama helaian2 rambutku..
















Setelah selesai umrah yang ke-5

















Dengan ibu tercinta setelah selesai Saie di Bukit Marwah
















Tahalul yang ke-5...DIY
















Teksi yang membawa kami bermiqat di Tanaim.






















Baru selesai berniat ihram di mesjid Tanaim.






















Nak pergi buat tawaf sunat

















Selepas tawaf sunat...Alhamdulilah berjaya mengucup Hajar Aswad

















@ Janatul Ma'ala...moga roh arwah ayah aman sentosa di sini....amin...
















@ Ladang unta sebelum bermiqat di Hudaibiyah





















Selesai besaie @ Bukit Marwah
















Bersama Tn Hj Muhamad @ Ja'ranah





















@ Jabar Rahmah
















Bersama kakak & adik di Arafah















Lagi di Arafah@Jabal Rahmah













Bersama adik bungsu di Jabal Thur













@ Masjidil Nabawi sebelum berangkat ke Makkah












Bersama 'roomates'...Tn Hj Harun & Tn Hj Muhamad













Suasana di Raudah

















Bersama Tn Hj Raden












Senja di Mesjid Nabawi













@ Bukit Uhud & makam suhada












@ Ladang kurma













Sebelum berangkat @ KLIA

Moga di murah rezeki & diberi kelapangan waktu untuk ke sana lagi....dan lagi...InsyaAllah





























Alhamdulilah...selamat kembali ke tanah air


Alhamdulillah urusan ibadah & perjalanan sebagai tetamu Allah berjalan lancar. Ada juga serba sedikit dugaan & cabaran. Antaranya terpisah dengan mutawif semasa ibadah umrah yang pertama, tapak kaki rasa macam haus nak melecet, ulser mulut, cuaca yang agak panas etc.
Memori indah semasa berada di dua tanah suci masih lagi segar dalam ingatan. Moga dipermudahkan untuk kesana semula...To be continued...

Wednesday, June 3, 2009

Labbaik Allâhumma labbaik.....


04-17/06/2009

Labbaik Allâhumma labbaik, labbaik lâ syarîka laka labbaik, inna al-hamda, wa ni'mata laka wa al-mulk, lâ syarîka laka

Aku datang ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu; Aku datang, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang; Sesungguhnya segala pujian, segala kenikmatan, dan seluruh kerajaan, adalah milik Engkau; tiada sekutu bagi-Mu.

Moga di permudahkan segala urusan, selamat pergi dan kembali & beroleh umrah yang mabrur....kemaafan dipinta kepada semua diatas segala kesalahan & kesilapan...halalkan segalanya....

Persediaan saat2 akhir...




3/6/09 - Pagi dipenuhi dengan temujanji...Ambik adik d Wangsamaju , gunting rambut , tukar duit & belibelah saat2 akhir. Terima ziarah jiran disaat2 akhir...berkemas hingga 1 pagi.

Tuesday, June 2, 2009

Running out of time...


2/6/2009 - Hari ni habiskan masa di pejabat...cuba selesaikan apa yang perlu sebelum berangkat...kalau ikut kerja mmg tak akan habis....so buat mana yg mampu...kaki nampaknya ada perubahan positif setelah menjalani beberapa kali terapi ais....insyaAllah boleh baik..kena optimis dlm pasrah...
Esok pagi ada 2 lg temujanji.... mengikut perancangan sepatutnya dah mula bercuti ... tapi x pe la mungkin dengan ini dada akan lebih lapang & lebih focus beribadah kelak... amin...

Tengah biap nak balik rumah terima panggilan dr rumah...zaujah sesak nafas. Kelamkabut balik & hantar ke SMC/KPJ...alhamdulilah x ada apa yang serius. Dah 3 minggu kesihatan zaujah kurang memberangsangkan...harap semua ok lepas ni...

Monday, June 1, 2009

Ujian Allah...


1/6/2009 - Semakin hampir dengan tarikh keberangkatan aku diuji dengan sedikit kecederaan(harap2 x serius)...tergelincir semasa nak pergi temujanji dengan customer pagi tadi. Terpijak lebihan paip PVC semasa nak ambil kereta. Kesakitan yg amat sangat ...lebih dari biasa ( sbb lutut kanan ni mmg dah tak berapa kuat)...beberapa kali gak lutut kanan ni terpelecok... hanya doa yg dapat aku pohon dariNya agar cepat sembuh & dapat menunaikan ibadat dengan sempurna. Selain diri sendiri... tanggungjawab terhadap ibu tercinta juga mesti dilaksanakan.....ikut perancangan asal aku yg akan sentiasa membantu dia kesana & kemari semasa di tanah Suci kelak....