Tuesday, May 18, 2010

Score A (ELITE) - Tender UiTM

18/05/2010 - Golf w TM. Hari bermain dengan 'Jothi Randhwa & John Daley' hehe. Score x berapa bagus ...3 par je...double par pun ada. Tiada aktiviti SAp...focus on UiTM tender.

Score A (ELITE) - 2nd BOOM @ Shah Alam

17/05/2010 - Majlis lancar tapi sambutan kurang menggalakkan. Pada permulaan ini dijadikan sebagai tempat berlatih la nampaknya.

Sunday, May 16, 2010

Score A (ELITE) - Rehat, Susun Strategi & Berlatih

16/05/2010 - Keletihan sepanjang minggu sudah tidak tertanggung. Rehat sahaja di rumah. SGM pun missed. Tu la dia nikmat rehat@tidor disiang hari setelah bekerja keras sepanjang minggu. Mungkin kalau dah berjaya dlm SAP nanti boleh buat macam ni selalu..hehe
Membuat persiapan untuk BOOM @ Sek 7 Shah Alam esok. Tapi masih berharap sepaker utama dapat hadir.

Saturday, May 15, 2010

Score A (ELITE) - Hari Keluarga @ Nusarhu

15/05/2010 - Kesibukan SAP tak mengahlang untuk meraikan hari keluarga bersama penduduk yang lain. Cuma sayangnya jiran di Jalan A nampaknya bergitu sibuk...nak cari 3 orang untuk team takraw pun tak dapat..apa2 pun tahniah kepada AJK hari keluarga keraja berjaya menganjurkan akitviti ini.
NDO @ ZRB agak memberangsangkan , InsyaAllah akan bertambah lagi biz partner dalam amsa yang terdekat. Alhamdulillah

Score A (ELITE) - Thomas Cub fever!!

14/05/2010 - Dari 10 hanya dua orang sahaja yang datang ke BOOM...betul2 demam piala Thomas.... apa boleh buat menang sorak je....Baik ke BOOM sorak untuk menjadi jutawan...InsyaAllah.
Panjang juga bercerita dengan Biz Partner yang banyak pengalaman dalam Network marketing...malah beliau pernag ada pengalaman membangunkan sistem MLM...hebat!!

Thursday, May 13, 2010

Score A (ELITE) - 13hb Mei 2010

13/05/2010 - Bertemu dengan Biz Partner yang kurang aktif sejak kebelakangan ini. Mungkin disebabkan SNIOP & KERENGGE...walaupun alasan yang diberi kerana kesibukan tugas. Sebagai pemimpin aku tak nak mereka kecundang sebelum berjuang....3 bulan yang pertama pun belum habis dilalui....semuga dengan galakkan , dorongan & sedikit panduan mereka akan bangkit semula. InsyaAllah

Wednesday, May 12, 2010

Score A (ELIT CLUB) - A.B.C

12/05/2010 - Dengan Attitude.Believe.Commitment insyaAllah kita boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Cabaran & halangan adalah rempah ratus kejayaan.

Tuesday, May 11, 2010

Score A (ELITE) - Speed is everything...

11/05/2010 - Dalam biz ni kelajuan amatlah penting... ambil analogi macamana kapalterbang nak 'take-off'....tanpa kelajuan harus terbabas & 'crash'.... jadi jangan leka..teruskan perjuangan dengan kadar yang laju!
BOOM @ ZRB.... malam ni nak tengok speaker handle BOOM. Lama dah tak dengar secara penuh. InsyaAllah bila sampai masanya aku pula ke depan. Sesi produk di buat oleh Sdr Roy dr Kelang. Boleh tahan gak mamat ni walaupun baru.
Disamping tu sempat juga memerhati suasana...kagum dengan kesunggguhan sorang ibu muda yang membawa 2 anak kecil & sorang baby....dalam kepayahan ...tapi masih tetap nak hadir untuk mendengar maklumat & peluang... satu cabaran untuk sahabat-sahabat yang banyak kelapangan di luar sana!

Monday, May 10, 2010

Score A (ELITE) - Malam Mengapai Bintang Ke 3, 05.06.2010

10/05/10 - InsyaAllah akan naik pentas pada malam tersebut as 5 figures income earner....persiapan sedang rancak berjalan... Alhamdulilah

Sunday, May 9, 2010

Score A (ELITE) - SGM vs Prospecting

09/05/2010 - Terpaksa mengorbankan SGM demi Biz Partner. Nampaknya satu keputusan yang berbaloi. Prospek yang begitu positif. InsyaAllah akan menyertai SAP dalam masa yang terdekat. Alhamdulillah

Saturday, May 8, 2010

Score A (ELITE) - SGM @ Putrajaya & Dating @ Alamanda

08/05/2010 - SGM dengan team Putrajaya. Tq to Bro Rapi for your time & input. InsyaAllah promosi SCORE A @ Perpustakaan Shah Alam dalam masa yangterdekat. Meeting habis agak lewat dari jangkaan. Kesian zaujah menunggu lama di Alamanda . Hari ni keluar berdua sahaja. Aliah & Azzah ada program lawatan tadika mereka. Seronok gak berdua aje....tak de sapa nak kacau daun..hehe

Score A (ELITE) - Harapan cerah!

07/05/2010 - Sepanjang pagi bermesyuarat di Mindef. Lepas solat Jumaat bergegas ke UKM. Alhamdulilah harapan untuk menang amat cerah. Last appt @ d Mines. BOOM malam tadi agak hebat! Hampir 10 orang prospek & semuanya begitu positif. Semuga semuanya dapat menyertai SAP ini.

Score A (ELITE) - 1st 3 months

06/05/2010 - Teruja dengan kegigihan sorang anak muda di dalam rangkaian UK_SAP. Mengikut sistem & ICU ....insyaAllah aku doakan dia akan berjaya dengan cermelang.

Wednesday, May 5, 2010

Score A (ELITE) - Hidup semakin menarik dengan SAP!

05/05/2010 - Dalam pahit ada manisnya. Lumrah kehidupan. Cumanya terkadang apa yg berlaku adalah diluar jangkauan logik minda . Aku berserah kepadaNya sepenuhnya. Kalau kita berusaha, berdoa & bertawakal..insyaAllah akan makbulkan. Tidak ke BOOM malam ni, prospecting je..tapi Alhamdulilah sungguh positif. Moga2 meletop dgn lebih cepat kalau dia jadi Biz Partner..

Score A (ELITE) - Akhirnya berjaya!

04/05/2010 - Ketabahan & kegigihan salah sorang Biz Partner memang layak dipuji. Akhirnya dia berjaya mendapat Biz Partnet yang pertama setelah agak lama berusaha. Antar yang bagus dia I.C.U & ikut sistem yang disarankan. InsyaAllah dia sudah bersedia & cukup ilmu untuk berjaya. Kerana kejayaan tanpa persediaan & ilmu ....mungkin tak boleh bertahan lama.

Monday, May 3, 2010

Score A (ELITE) - Alhamdulillah...eP pun ok..

03/04/2010 - Sedikit gejala 'Monday Blues' melanda..... jangan layan sangat perasaan tu...untuk menjadi insan hebat gejala negatif tidak harus menguasai diri. Drive shaft kereta terpaksa ditukar...sudah menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan. Baik tukar sebelum terlambat. Pentingkan keselamat diri anda!!
Alhamdulilah perbincangan dengan customer berkenaan kontrak lanjutan berjalan dengan baik.
Alhamdulilah sorang Biz Partner hari ini & dua lagi akan menyusul dalam masa yang terdekat. Pemburuan ke ELITE CLUB nampaknya cerah sekiranya momentum ini berterusan. InsyaAllah.

Sunday, May 2, 2010

Score A (ELIT CLUB) - Azzah sayang nenek...

02/05/2010 - Azzah & Alia tak nak balik ke Shah Alam. Tak puas lagi agaknya bermain dengan nenek & mak Su @ Bik Imah @ Adik . Bertolah dalam pukul 2.30pm. Alhamdulilah traffic lancar..cuma sedikit sesak selepas Seremban/Senawang. Tak larat nak ke closing NDO. Nasib baik dalan biz ini ramai yang sanggup membantu...Sr Biz Partner...sudu menolong. Alhamdulilah prospek akan menyertai SAp dalam masa yang terdekat. Tahniah kepada Bro Azam...akhirnya beroleh partner...selamat maju jaya...insyaAllah kita boleh!!
Azzah menangis teringat nenek di kampung. Dia ajak balik rumah nenek semula....nasib baik dia boleh dipujuk...kalau tak susah juga...bukan dekat tu nak balik... kasihsayang yang lahir dari keikhlasan adalah pengikat kasih sayang antara keluarga....anak&ibu, nenek &cucu, adik beradik, sepupu sepapt dan seterusnya...moga ianya berterusan & berpanjangan...amin...

Score A (ELIT CLUB) - Balik kampung.....ooo...balik kampung


01/05/2010 - Sempat menghantar prospek ke NDO @ ZRB sebelum bertolak pulang ke kampung Muar/Ledang. Traffic agak padat hari ni...ditempat2 biasa....yg agak menghairankan exit ke bandar Melak mengalami kesesakan teruk bermula dari Simpang Empat & juga Air Keroh.
Alhamdulilah selamat sampai rumah ibu dalam pukul 3pm. Pejalanan kenduri berjalan lancar...hadirin pun ramai..terima kasih semua.

Score A - eFilling oh eFailling


30/04/2010 - Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menyiapkan & menghantar eFilling LHDN. Menemani staff untuk menghantar sebutharga. Dah lama tak naik kereta laju sebab nak hantar tender (sebab sebelum ni aku yg drive), Ngeri juga naik kereta laju2 ni....Alhamdulilah selamat semuanya....3 min sebelum masa tamat...hebat!!!
Menyempurnakan 3 bulan pertama dalam SAP dengan cermelang...Alhamdulillah. Target seterusnya ialah melayakkan diri ke ELIT CLUB dalam masa 3 bulan yang seterusnya...Ya Allah permudahkan segala urusan & berilah aku kejayaan dalam mencapai matlamat ku ini...amin..

Score A - Anak muda berjiwa besar

29/04/2010 - Maklumat yang diperlukan dengan kadar segera membuatkan aku terjah je ...alamak mereka tiada di pejabat! Penantian yang berbaloi... dapat juga berjumpa akhirnya. Alhamdulilah sudah jelas apa yang perlu aku buat hasil nasihat dari anak muda yang matang lagi berpengalaman ini. Lunch @ Vic Station.

Score A - MPKj .....mungkin ada rezeki di sini!

28/04/2010 - Melalui jiran di Nusarhu..kami dilorongkan peluang di MPKj, Tak salah mencuba & menjelajah...manalah tau rezeki kami ada di sini. Nampak agak kecil pada peringkat awal tapi mungkin ada yang lebih besar selepas ini.
IPS's DMS demo ditangguh ketarikh yang akan diberitahu kelak. Lunch appoinment adhoc bertempat di Kajang Utama. Bertemu kembali dengan kawan2 lama yang telah berjaya dalam bidang IT walaupun belajar kejuruteraan semas di USM dahulu. Perkongsian maklumat dan peluang dengan insan hebat...inyaAllah kita juga akan menjadi hebat.

Score A - Perjuangan diteruskan


27/04/2010 - Back to work..... mcm banyak keja je ! Baru cuti sehari. Tak pe tugas hakiki mesti dilaksanakan dengan cermelang....itu janji aku pada diriku...
Keletihan masih terasa... mlm ni BOOM @ KD & ZRB. Lewat petang berjumpa dengan x-staff di Phileo Damansara untuk perbincangan SAP. Alhamdulilah amat positif. InsyaAllah BOOM next Tuesday. Trafic jem sepanjang SPRINT highway. Terpaksa diverted to TTDI kalau tak sure miss solat Maghrib. Ingat nak terus baik rumah tapi menerima panggilan Biz Partner yg memerlukan bantuan di BOOM KD. Ku gagahi jua walaupun penat. Alhamdulilah bertemu semula dengan kawan sekolah lama di SMBG . Tu la indahnya biz ni...bertemu semula kawan2 lama dengan alasan yang lebih baik..baik untuk semua...InsyaAllah

Score A - MRSM Kulim



26/04/2010 - Setelah bersarapan kami meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam. terima ksaih semyua sahabat2 yang meraikan kedatangan kami ke Penang ini. InsyaAllah kita akan lebih kerap berjumpa dengan alasan yang lebih kukuh &bermakna....SCORE A...yeea
Sempat melawat MRSM Kulim...di sinilah tempat Matrikulasi 1 USM ku...banyak juga kenangan manis di sini. masuk semula ke kampus USM untuk membeli cenderahati ....kesuntukan masa...capai je mana yang dirasakan patut
Perjalanan pulang dirasakan lambat pula...mungkin disebabkan kepenatan & sudah hilang keterujaan ...maklumlah esok masuk kerja semula. Alhamdulilah selamat sampai kira2 pukul 5 pm.

Score A - Jejak Kasih




25/04/2010 - Program jejak kasih bersambung setelah check-out. Destinasi pertama ialah Naza hotel @ Tanjung Tokong. Berjumpa dengan kawan2 zaujah. Macam tak nak berpisah...terlewat untuk masuk ke kampus USM. Hujan agak lebat pulak tu. Sempat juga masuk kampus untuk bersolat @ Pusat Islam. Sessi fotograpi terpaksa dibatalkan kerana hujan. Lepaskan hajat denagn mengelilingi kampus sebelum terus ke Seberang Perai kawan zaujah. Meneruskan program jejak kasih setelah solat Magrib....destinasi seterusnya @ Kulim. Alhamdulilah selamat sampai dlam pukul 9. Lapar, letih & mengantuk. Dijamu soto jawa Bt Pahat...sodap.... tahap mengantuk tidak dapat dibendung....boleh terlena semasa bersembang....

Score A - Malam Mengapai Bintang, Penang






24/04/2010 - Alhamdulilah perjalanan lancar walaupun terlewat seditik dari jadual keberangkatan awal. Tanpa dirancang berjumpa Bro Rapi sekeluarga di R&R Bkt Gantang. Meneruskan perjalanan bersama hingga selamat sampai ke Equatorial Penang. menerima kunjungan rakan belajar di USM dulu setelah lebih 15 tahun tak berjumpa.
Saat yang dinanti akhirnya tiba...begitu teruja dengan perjalanan keseluruhan majlis. Bangga dengan pencapaian rakan2 biz yang telah berjaya. InsyaAllah aku akan menyusul tidak lama lagi.

Score A - Sibuk




23/04/2010 - Persiapan ke Penang setakat mana yang sempat disebabkan kesibukan tugas hakiki.