Monday, March 29, 2010

Score A - Ke Dubai?

29/03/2010 - Perasaan yang bercampur2 apabila menerima khabar kawan yang mendapat tawaran kerja ke Dubai. Esok nak pergi hari ini baru dapat tahu. Good luck to him. Membantu Biz Partner membuat duplikasi @ Bangi. Alhamdulilah nampaknya begitu positif.

Sunday, March 28, 2010

Score A - NDO, BOOM & SGM




28/03/2010 - Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Hari minggu penuh dengan aktiviti SAP. Walaupun penat tapi puas. Kagum dengan kesungguhan usahawan SAP luar daerah, mereka sanggup datang dari jauh, tidur rumah saudara mara, datang on-time...tapi sedih prospek Klang Valley pulak yang tidak bersungguh-sungguh. Berkenalan dengan usahawan dari Muar...jawa lagi. Alhamdulilah bertambah kawan@sedara.
Dalam Small Group Meeting sudah disebut2 sebagai bakal pemimpin yang hebat. CM Pn Za pun dah bagi nama baru Just$$. Hehe...ikutla Pn.....janji aku pun jadi Jutawan macam dia..InsyaAllah.

Score A - Pesta Buku KL @ PWTC




27/03/2010 - Hantar zaujah ke Pesta Buku @ PTWC. Ramai betul pengunjung. Tak sanggup nak bersesak, lebih rela jaga anak2 dari bersesak-sesak. Zaujah , Aqilah & Iddin je yang masuk dalam. Alia & Azzah ikut ayah ambil portal SAP @ KD.
Menerima jemputan kawan sekolah untuk malam anugerah syarikat MLM nya. Nak tau juga bagaimana syarikat lain meraikan ahlinya. InsyaAllah akan aku jemput pula malam GALA SAP @ PWTC pada bulan June nanti.

Friday, March 26, 2010

Score A - Alhamdulilah ...Azzah tak bawa susu ke sekolah lagi


26/03/2010 - Perkembangan terbaru...Azzah dah tak nak bawan susu ke sekolah lagi. Tapi sebagai backup bawakan dia botol kosong. Ambik 1/2 day leave. Ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Malam ni BOOM @ KD bertambah meriah. Ramai prospek akan datang ..InsyaAllah

Score A - Alhamdulilah .... Sudah 5 angka




25/03/2010 - Meeting SISBIL handheld berlanjutan ke pukul 6 petang. Bersolat maghrib di masjid Khalid Al Walid , Mindef. Yasin & tahlil di situ sahaja. Lepas Isya terus ke BTS. Mendapat berita gembira yang mengujakan... I'm five figure income earner in SAP now...Alhamdulilah.

Wednesday, March 24, 2010

Score A - S.N.I.O.P & Kerengge


24/03/2010 - Biasala dalam semua biz ada sekurang-kurangnya dua puak ni. Kadang terasa letih juga bila berhadapan dengan mereka. Tapi sebagai bakal insan 1% semua cabaran itu perlu dianggap enteng walaupun terasa sakit juga bila digigit. Abaikan...abaikan...

Score A - Alhamdulillah ..bayangan 1 lagi eMax


23/03/2010 - 1st time ke BOOM @ KD. Alhamdulilah Biz Partner terbaru bergerak pantas. Semuga momentum dapat dikekalkan. Keserasian dgn prospek dia dapat dirasakan. InsyaAllah bayangan satu lagi eMax sudah kelihatan. Perlukan sedikit sahaja lagi fine tuning.

Monday, March 22, 2010

Score A - Meeting @ BPP & Mindef




22/03/2010 - Awal pagi sudah berada di Putrajaya untuk mesyuarat projek SPF RFID . Alhamdulilah FRD sudah di tandatangi. mesyuarat pun berjalan lancar. Petang pula mesyuarat di Mindef HQ, agak hangat kerana ke 'blurr' an partner @ main contractor...tension betul. Nak je aku luku...nasib baik sabar...
Alhamdulillah berkat usaha & doa yang bersungguh-sungguh , mendapat sorang biz partner eMax hari ini . Bukan itu sahaja dia bawak sekali sorang eP. Semuga semua berjaya dalam biz ini. Sasaran 5 figure insyaAllah akan tercapai. Ada 1 minggu lagi untuk mencapainya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan & berilkanlah akau kejayaan. Amin..

Score A - Alhamdulilah .... 1 eMax dalam bayangan







21/03/2010 - Menghabiskan cuti di kampung dengan aktiviti biasa. Awal pagi ke Pasar Tani Bukit Gambir untuk membeli keperluan hidangan makan tengahari & juga hantar ayam kampung yang ibu bela untuk diproses . Bersihkan kebun mana yang patut. kelapa muda tak berapa banyak. Cukup untuk minum sahaja. Pokok pelam sedang memutik, jambu sedang berbunga & pokok nangka berbuah untuk kali pertama. Alhamdulilah hasil titik peluh sudah menampakkan hasilnya. Bergegas balik ke S Alam kerana nak kena sambut bakal Biz Partner yang akan keluar dari NDO@UM pada lewat petang nanti.

Score A - Jom balik kampung




20/03/2010 - Misi balik kampung kali ini...1. Ziarah keluarga sahabat yang baru kehilangan ibu tercinta. 2. Kondangan di dua tempat 3. Mini BOOM @ Bkt Gambir.

Score A - Mati hidup Semula!!!

19/03/2010 - Disebabkan kesilapan komukasi , sahabat yang sihat walafiat disangka sudah kembali ke Rahmatullah... mak Ishak telah ku silap dengar dengar sebagai Mohd Ishak... kecoh juga sekejap dikalangan sahabat2 yang lain.
Kekeliruan & kesedihan di padamkan dengan kegembiraan....Buat kesekian kali nya..akhirnya sahabat lama USM dapat menghadiri BOOM @ KD. Mulanya cemas juga kerana dia tak boleh tunggu sessi closing. Lapar sangat sebab tak sempat diner katanya. Selesai di KD terus join dia diner @ Cut d Crab , Sek 13. Alhamdulilah nampaknya begitu positif.

Score A - Duplikasi, Duplikasi, Duplikasi

18/03/2010 - Alhamdulilah masih lagi sempat menghadiri majlis bacaan Yasin & Tahlil bersama penduduk NusaRhu kerana proses duplikasi sedang berjalan dengan baik sekali. Setelah selesai majlis baru bergegas ke BTS untuk membantu Biz Partner membuat closing. Ya Allah berilah kejayaan kepada diriku & juga semua biz partner yang terlibat dalam SAP ini. Amin.

Wednesday, March 17, 2010

Score A - Alhamdulilah demam & batuk ibu tersayang semakin sembuh

17/03/2010 - Alhamdulilah formula CVT banyak membantu. Ibu semakin pulih dari demam 7 batuk. Membantu Biz Partner membuat duplikasi di Putrajaya. Puas dapat membantu. Semuga ukhuwah semangkin mantap dengan sahabat2 @ Biz Partner. Tu yang indahnya SAP ni.

Tuesday, March 16, 2010

Score A - IBM eX5 launch @ One World Hotel











16/03/2010 - Alhamdulillah 2 eE & 1 eP hari ini. Proses duplikasi berjalan lancar. Semuga sasaran untuk bulan Mac ini akan dapat dicapai. InsyaAllah.

Monday, March 15, 2010

Score A - Rombongan dari Johor


15/03/2010 - Menerima tetamu dari kampung pada awal pagi. Mereka baru kembali dari menghantar pengantin ke Melor, Kelantan. Ambil cuti kecemasan demi meraikan tetamu. Pun bukan selalu mereka ziarah. Beberapa temujanji terpaksa di susunatur semula. Alhamdulilah perjumpaan dengan prospek terus menjadi Biz Partner. Mungkin berkat meraikan tetamu..Alhamdulilah. 1st time attend BOOM @ Sek 7 Bangi.

Sunday, March 14, 2010

Score A - Pemimpin yang dipimpin
















14/03/2010 - Dalam biz ni kita harus pantas. Menjadi pemimpin tanpa dipinta...tetapi ianya terjadi dengan sendirinya ...semakin cepat kita belajar & berdikari semakin pantas perkembangan biz ini. Keberkesanan sebagai pemimpin dapat dipelajari dari insan2 yang telah berjaya dalam biz SAP ini. Mereka tidak lokek ilmu....hanya perlu kita meminta tunjuk ajar....itulah indahnya bersama2 dengan insan2 yang begitu positif pemikiranya.Bersama menujuk ke puncak kejayaan. RM 30k dalam 3 bulan. InsyaAllah

Saturday, March 13, 2010

Score A - Majlis Doa Selamat & Kesyukuran @ ZRB


13/03/2010 - Alhamdulilah NDO & perbincangan dengan Biz Partner berjalan lancar. InsyaAllah minggu depan kehidupan akan menjadi lebih menarik. Mendapat jemputan secara peribadi dr En Aziz berkenaan majlis doa selamat & tazkirah bulanan di ZRB. Tazkirah akan disampaikan oleh Ustz Ungku salah seorang dr ahli panel syariah SAP. Tapi apakah daya sudah ada perancangan terdahulu untuk keluarga. InsyaAllah lain kali akan turut serta. Bersyukur sangat2 kerana mendapat kumpulan & ketua seperti En Aziz yang mementingkan kebahagiaan dunia & akhirat. Alhamdulillah.

Friday, March 12, 2010

Score A - Alhamdulilah ...Azzah tak menangis lagi


12/03/2010 - Semenjak semalam Azzah sudah tak menangis lagi apabila sampai kesekolah. Walaupun botol susu masih lagi melekat di bibir tapi ini satu perkembangan yang menarik. Mungkin sudah tiba masanya dia menjadi lebih berdikari. Semuga Allah permudahkan urusan kami suatu hari nanti untuk menjadi tetamuNya. Semuga Allah menjemput kami & memberikan kekuatan untuk anak2 yang akan ditinggalkan buat sementara waktu. Amin..

Thursday, March 11, 2010

Score A - Keberkatan Malam Jumaat











11/03/2010 - Perancangan telah dibuat dengan semua Biz Partner...malam ni rehat...banyakkan amal ibadat & doa. Esok baru pulun...

Wednesday, March 10, 2010

Score A - Proposal for PNB




10/03/2010 - AM, ada submission utk PNB hari ni. Harap2 kali ni boleh dapat...banyak dah hantar proposal tapi tak de yang 'sangkut' lagi
PM - Meeting w RMC, 1st time terlelap dalam meeting. Terkejut bila pengerusi bertanyakan soalan....terjaga & terus hilang mengantuk...hehe
B.O.O.M @ Putrajaya....membantu Biz Partner membuat duplikasi...Alhamdulilah semuanya lancar..

Tuesday, March 9, 2010

Score A - Golf w TM











09/03/2010 - Dah lama tak turun menebas @ Monterez. Kali ini turun dengan customer@old friend frm TM. Join flight dengan Dato Zul & Bro Azmi. Not bad 4 par & 1 birdie...missed par & birdie pun banyak gak...menjadi pulak hari ni main.
Malam ke BOOM @ BTS. Alhamdulilah prospek akan datang ke NDO Sabtu ni. InsyaAllah bakal menjadi Biz Partner kerana dia seoarang yang positif & berjiwa besar. Akan ku bantu mana yang mampu.

Score A - Hari untuk berehat


08/03/2010 - Sesi teh tarik dengan sahabat seperjuangan di USM dahulu. Sudah maju nampaknya mereka...mampu membeli office lot (corner ) @ Laman Seri Business Park...alhamdulilah .
Ada hikmah diatas pembatalan temujanji SAP yang diatur oleh Biz partner. Malam untuk bersama dengan keluarga dengan lebih panjang. Dalam apa jua perjuangan sudah pastinya ada halangan. Yang penting kita tabah & tahu mencari jalan penyelesaian.

Score A - NDO @ Universiti Malaya
















07/03/2010 - Dengan penuh doa harapan semuga adik-adik terbuka hati & minda untuk serta dalam SAP. Setakat ini ...rasanya inilah peluang perniagaan yang mudah & murah untuk dijalankan & dijayakan bersama adik-beradik.
Small Group Meeting (SGM) @ ZRB w Sr Biz Partner. Alhamdulilah kedua-dua Jr Biz Partner semakin jelas dengan perjalanan SAP.
Closing NDO mendapat suntikan semangat & doa restu dari Sifu Aziz Samad. Beliau singgah sebentar dalam group kami. Semuga kejayaan adalah milik kami. InsyaAllah.

Score A - Start It Right (S.I.R) training





























06/03/2010 - Another excellent training organised by Kenshido & ZRB. Seperti biasa masa berlalu begitu pantas bila pengisian program yang hebat. Adik datang dari kampung untuk menghadiri NDO @ UM esok. Semuga bertambah ahli keluarga yang terlibat dalam SAP. Bersama memartabatkan ekonomi keluarga

Friday, March 5, 2010

Score A - Along completed his L1.


05/03/2010 - Alhamdulilah berjaya menyempurnakan L1 Along dalam masa 1 minggu sahaja. Mungkin bulan ini focus kepada membantu Biz Partner menyempurnakan L1 mereka. Langkah 1,000 aku InsyaAllah akan menyusul dalam masa terdekat.

Hajat nak ambil tender UIA terbantut...tersalah jalan semasa nak cari perjabat POS. Akhirnya sampai ke Pejabat Pos Bdr Kinrara.

Score A - Tender KeTTH


04/03/2010 - Dengan berat hati terpaksa menarik diri dari tender KeTTH kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pun badan rasa agak letih & kepala ada sedikit pening. Tak dapat join majlis bacaan yasin & tahlil di surau Nusarhu, BOOM @ BTS pun tak dapat datang. Nasib baik Sr Biz Partner ada utk cover @ leverage..

Wednesday, March 3, 2010

Score A - Insan 1%
















03/03/2010 - Untuk menjadi insan yang berjaya yang mewakili 1% dari penduduk muka bumi Allah ini memerlukan pengorbanan dari segala aspek. InsyaAllah sekiranya niat & usaha yang betul lagi jelas akan dipermudahkan oleh Allah. Puashati dapat membantu Jr Biz Partner buat prospecting. InsyaAllah akan signup gak tu. Alhamdulilah B.O.O.M di Putrajaya pun semakin mendapat sambutan.