Monday, August 31, 2009

31 Ogos 2009 - 12 tahun usia perkahwinan & 52 tahun usia kemerdekaan



Merdeka..merdeka..merdeka ...semuga jiwa kita semua juga merdeka ... selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 52... setiap tahun kemerdekaan negara di sambut dengan ulangtahun perkahwinan kami..Alhamdulilah sudah 12 tahun usia perkahwinan dengan zaujah tercinta ..doakan kami kekal bahagia hingga akhir hayat. Bebuka puasa dengan buffet kambing golek sebagai sambutan yang serba sederhana.

Long weekend banyak dihabiskan dengan mengecat apartment kami di Puchong... projek yang lama tertangguh..insyaAllah akan disewakan setelah semua urusan yang berkaitan selesai..

Wednesday, August 26, 2009

Menara Dayabumi...mengamit nostalgia silam



Taklimat tender MyIPO @ Menara Dayabumi. Banyak kenangan di sini terutamanya tahun 95-97....zaman2 kegemilangan cpny lama dengan PETRONAS....tiap2 hari terima PO.... tapi apakan daya cpny pulah bermasalah...asik CH->barang x boleh hantar on time->kena jawab/bambu dhn customer.... dgn duit komisen projek kat sinilah ku buat belanja kawin.... kalau tak harus pinjam Bank Rakyat...hehe

Saturday, August 22, 2009

Marhaban ya Ramadhan...


Alhamdulillah diketemukan dengan Ramadhan tahun ini... moga kita diberi kekuatan untuk memanfaatkan segala kelebihan bulan yang penuh dengan barakah ini.
KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap
Bersama kita tingkatkan iman dan amal..

Tuesday, August 18, 2009

Dah nak puasa ni.... jom golf

Perfect t-off....


















ready....



















...imagine d landing area..


















Jairi of Patimas....


















Seperti mingu2 yang sudah, sibuk...tender, meeting, paper work etc...tapi sempat gak layan golf se'round'...puasa dah dekat ni..
Kerancakkan kenduri tahlil arwah sempena Sya'aban 1430/2009menghampiri penghujung...semua kesuntukan masa...ibu &ibu mertua telah memilih hari yang sama (15/8/09)... nak buat mcmana...so sapa yg 'cop' tarikh dulu la yg diutamakan...mlm Jummat lps maghrib bertolak ke Muar...Alhamdulilah perjalanan lancar
Along &Angah x dapat balik...nampaknya kena mengetuai perjalanan majlis...Alhamdulilah lancar
Lepas basuh/gosok periuk belanga bertolak balik ke S Alam...Isnin ada tender...dalam kepenatan ku teruskan perjuangan...

Sunday, August 9, 2009

09 08 09.....Tender lagi...


Isnin-Jumaat - Tender Mindef, meeting w partners & customers......sapa kata tak penat...

Sabtu - penuh dengan aktiviti...bermula dgn rewang rumah Wak Amat, service kereta, tahlil, mesyuarat AKJ surau & jamuan Jalan A(minta diri awal...dlm pkl 2...nak kena simpan tenaga skit...)

Ahad- Belanja dapur ....rehat jap then g opis..buat tender Jab Penjara...amat2 berharap boleh menang tender ni. Semuga strategi betul & mendapat pertolongan Allah...Tahun ni tak de lagi tender besar yg kami dapat...

Saturday, August 1, 2009

Gotong royong surau sementara Nusarhu...









































Kedatangan Ramadhan semakin terasa. Atas ihsan insan berhati mulia telah membenarkan Sem-D yg belum diduduki untuk dijadikan surau sementara. Moga diberikan kekuatan untuk penduduk taman ini untuk mengimarahkan surau ini.








Pagi Ahad kami sekeluarga meraikan hari sukan Tadika Aliyyah....ada acara untuk ibu&bapa juga..layannn...