Saturday, September 26, 2009

Catatan bergambar Syawal 1430H/2009











Salam Idul Fitri 1430H/2009


Alhamdulilah telah sempurna sebulan Ramadhan, semuga diterima semua amalan & doa. Marilah bersama meraikan kemenangan dalam ruang lingkup yang dibenarkan syarak. Sempena Syawal ini marilah kita bersama mengeratkan lagi silaturahim dengan menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin

Sunday, September 13, 2009

Iftar @ Grand Seasons





Atas cadangan pihak yang diraikan iftar kali ini di buat di Seasons Cafe...boleh tahan ramai orang & pilihan . Tapi sayang dekat separuh tidak hadir. Habis iftar kena balik pejabt sambung buat proposal..esok nak kena hantar....perut dah kenyang ...mata pun layu...mcmana ni? Sempat siap ke?

Buka Puasa @ Yayasan Restu & Tarawih @ Mesjid Negeri





Pagi jaga anak2..zaujah ada majlis khatam Al-Quraan @ Surau. Petang ada kursus lanjutan CVT & berbuka puasa di Taman Tamadun Islam Shah Alam. Malam solat tarawih kat mesjid Shah Alam. Mesjid selesa, bacaan baik & tak terlalu panjang. 20 rekaat boleh habis dlm pkl 10. Kira ok la tu..

Wednesday, September 9, 2009

09 09 09 ....999


Nasib baik tak ada apa2 kecemasan yang berlaku..hehe. Yang pastinya hari ni penuh dengan meeting...last meeting lps moreh kat surau. InsyaAllah kami sedang usahakan surau tetap untuk kawasan kami. Developer dah sediakan tapak mesjid...tapi entah bila nak dibangunkan. Sekarang kami kena pohon pulak tapak surau....agak panjang perjalanan tu. Tapi insyaAllah dengan keberkatan Ramadhan moga semuanya dipermudahkan.

Monday, September 7, 2009

Hotel Singgahsana & Rabbani..





Berbuka puasa dengan sahabat2 lama di Singgahsana. Pilihan & rasa juadah boleh tahan. Yang paling penting ada kambing golek...hehe. Disamping itu kami di sajikan dengan hiburan berciri islamic oleh kumpulan Rabani. Walaupun Ustaz Asri sudah pergi & tak akan kembali lagi..kumpulan ini nampaknya masih lagi mantap. Good luck to them.

Sunday, September 6, 2009

PAS 4025 ....kerana jasamu ku simpan hingga sekarang...





Kapcai inilah yang membawa ku kemana-mana destinasi yang dihajati sepanjang 4 tahun di USM....pernah 'terbang' masuk longkang. Alhamdulilah ok je.
Sempat juga digunakan selama kira-kira 5 bulan semasa mula-mula kerja di KL ...sempat gak 'merempit' keliling KL.... tak kurang pahit-manis pengalaman bersamanya. Biarlak aku simpan je kenangan itu...hehe
Sempena Ramadhan ni ku keluarkan semula (setelah mejalani proses baik pulih)untuk memudahkan bergerak dalam taman dengan membawa anak2 bersiar-siar & ke surau.


Note: Plat no untuk dijual kepada yang berminat...hehe...

Solat Tarawikh & Moreh @ Bandar Nusarhu







Malam ke 17 Ramadhan....kehadiran agak kurang berbanding selslu..mungkin disebabkan cuti hujung minggu yang panjang sempena Nuzul Quraan..menu istimewa hari ni..bubur lambuk hasil tangan penduduk Nusarhu sendiri....rasanya boleh la tahan...