Monday, November 1, 2010

Score A (ELITE) - Back to Basic

011110 - Seperti yg disarankan di SGM semalam...mari lakukan kembali L1,L2 & Duplikasi

Wednesday, October 20, 2010

Score A (ELITE) - 20.10.2010

20102010 - Dengan strategi & semangat yang baru untuk lebih berjaya dalam hidup....Insyaallah aku boleh.

Score A (ELITE) - xSKSM Reunion 10.10.10

10.10.10 - Alhamdulillah, majlis berkalan lancar & meriah. Terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh semua yang hadir. InsyaAllah Reunion MEGA pada Jun 2011

Sunday, August 15, 2010

Score A (ELITE) - Lawan tetap lawan!

18/08/10 - Jangan dilayan perasaan 3M..... kalau syaitan sudah dibelenggu tapi masih 3M , apa maknanya tu? Tepuk dada tanya Iman!

Friday, August 13, 2010

Score A (ELITE) - 3 Ramadhan 1431H

13/08/2010 - Alhamdulilah.... rahmat bulan Ramadhan terserlah. Segala ujian pasti ada hikmahnya. 10.8.10 & 13.8.10 menjadi satu lagi tarikh penting . Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.....
Alia berjaya menghabiskan puasa penuh hari ini....tapi kesian hingga perut masuk angin & badan sedikit hangat. Tidur awal malam ni. Semuga esok boleh puasa lagi...Alia hebat!!!

Tuesday, August 10, 2010

Score A (ELITE) - 10 8 10

Segala yang terjadi InsyaAllah ada hikmahnya. Tiada yang sia-sia bagi semua ciptaan Allah. Bersabar kalau ihklas sudah tentu ada ganjaranya. Manisnya kejayaan setelah menempuh segala macam halangan. Kehidupan mesti diteruskan kerana perjuangan belum selesai.

Saturday, July 31, 2010

Score A (ELITE) - Penna Co Traditional Home Made Chocolate





31/07/2010 - SGM @ Klang conducted by Leader hebat Bro Rapi & Kak Ina . Alhamdulillah lancar & produktif. Semuga selepas ini Biz partner akan lebih pantas bergerak.
PM - Bestnya dapat tido siang ...sampai terlajak ... ada program melawat kilang cokelat sahabat lama @ Bkt Kerayong. Nak beri sokongan moral buat kawan2 yang terlibat dalam perniagaan walaupun bukan SAP. Mendoakan kejayaan beliau dengan biz baru ini.

Thursday, July 29, 2010

Score A (ELITE) - Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak


28/07/2010 - Kira2 10 hari lagi Ramadhan akan tiba. Kuliah bulanan Nusarhu oleh Ustz Hajar menekankan aspek persediaan menyambut Ramadhan. Alhamdulilah.... teruja untuk menyambut kedatangan penghulu segala bulan ini. InsyaAllah Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang sudah2. Ya Allah panjangkan umur , berilahkan aku kesihatan & kelapangan bagi merebut segala kelebihan Ramadhan...amin..

Wednesday, July 28, 2010

Score A (ELITE) - Sekali Pantai Bah....


28/07/2010 - Semuga diberi kekuatan olehNya dalam mengharungi segala cabaran hidup. Di beri rahmat & hidayah agar segala tindakan & keputusan adalah yang terbaik untuk kehidupan dunia & akhirat. Kena yakin dan percaya...Allah sentiasa bersama kita.... InsyaAllah semua cabaran dapat dilalui dengan cemerlang. Amin..

Monday, July 19, 2010

Score A (ELITE) - Sinar baru!


19/07/2010 - Optimis dengan sinar baru hasil dari program di SK Meru(2). Semuga Allah tetapkan hati agar sentiasa ikhlas dengan sumbangan yang diberikan. Mendoakan yang terbaik kepada anak-anak bangsa yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada 21-23/9/2010 nanti. Dengan bantuan SAP , InsyaAllah mereka akan lebih bersedia. Semuga Allah permudahkan segala urusan & murahkan rezeki...amin..

Sunday, July 18, 2010

Score A (ELITE) - Taklimat & Promosi Score A @ SK Meru (2)






17/07/2010 - Alhamdulillah, dengan kerjasama PIBG & Pengurusan SK Meru(2) team UK-SAP telah berjaya mengadakan sesi penerangan & juga promosi SAP di SK Meru(2). Sambutan amat menggalakkan sehingga tak menang tangat dibuatnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya YDP PIBG En Khamis Pairan, Guru Besar Pn Jamaliah, Penolong Guru Besar, cikgu2, Leader hebat En Rapi&Pn Zarina dan semua Biz partner yang terlibat. Jasabaik kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Bersama kita menuju angkasa kejayaan..amin...

Wednesday, July 14, 2010

Score A (ELITE) - Special Training by Sifu Aziz


14/07/2010 - Kesibukan dengan tender tidak menghalang untuk mendengar amanat Sifu Aziz...betul2 teruja. Terima kasih daun keladi. Semuga menjadi bekalan dalam mengharungi perjalanan ku dalam SAP. Ya Allah permudahkan la segala urusan kami ..berilahkan kesihatan & kelapangan untuk Sifu Aziz terus membimbing kami. Amin..

Saturday, July 10, 2010

Score A (ELITE) - 10.07.10 , Genap 4 tahun bersama Isianpadu


10/07/2010 - World cup 2010 menghampiri final. Mengimbau semula 4 tahun yang lalu..hari pertama ku di IPS adalah hari final WC 2006. Masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah so fa so good.. Alhamdulillah
IPS pun semakin maju.... InsyaAllah bulan August ni kami pindah opis baru milik kami.

Friday, July 9, 2010

Score A (ELITE) - 09.07.2010 , 39 tahun umurku


09/07/2010 - Alhamdulillah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan & dimurahkan rezeki. Kehidupan tetap dengan warna-warninya. Susah & senang, suka & duka adalah asam garam kehidupan. Pengurusan cabaran hidup perlukan kesabaran , skil & yang pastinya memerlukan pertolongan dari Allah. Hanya penyerahan total kepadaNya...hati akan menjadi tenang.
Selama 39 tahun sudah diberi nikmat kehidupan & iman. Semuga diberikan lagi masa untuk menjadi insan yang lebih hebat serba serbinya. Ya Allah permudahkan segala urusan & berilah aku kejayaan dunia & akhirat.

Sunday, June 13, 2010

Score A (ELITE) - Tender lagi!



13/06/2010 - Meraikan anak2 di kolam renang Monterez. Kesian dah lama tak berendam. Bagi anak2 release tension setelah habis mid-term exam. Tapi lepas ni kena drill buat Score A. Nak tengok Aqilah & Iddin masuk Top 100 untuk semua subjek. Setakat ni Aqilah dah berjaya dapat top post utk BI,BM & Sc...Math sedang diusahakan. Iddin pula baru berjaya masuk Top 100 utk Science.
Mungkin kena bermalam di pejabat untuk tender MDEC.

Score A (ELITE) - InsyaAllah seorang lagi bintang SAP

12/06/2010 - Alhamdulillah ...mendapat seorang biz partner yang mempunyai komitment yang tinggi. Didoakan semuga dengan niat, usaha & doa beliau menjadi usahan SAP yang berjaya. Terharu & kagum dengan misi & visi beliau.

Score A (ELITE) - World Cup 2010

11/06/2010 - Demam WC dah mula...semuga ianya x menjejaskan aktiviti SAP semua biz partners. Alhamdulillah 1eP ari ni.

Thursday, June 10, 2010

Score A (ELITE) - Bangunlah dari tidurmu!

10/06/2010 - BOOM seperti biasa @ ZRB... bertemu dengan Biz Partner yang memerlukan khidmat nasihat. Inilah 'service after sales' seperti yang disarankan oleh Sifu Aziz.

Wednesday, June 9, 2010

Score A (ELITE) - Radix Fried Chicken @ Mydin Air Keroh

09/06/2010 - Dah lama tak buat pecutan 150-160km/h. Alhamdulilah sempat sampai di Sri Negeri tepat pada waktunya. Usaha, doa & tawakal...InsyaAllah boleh!
Pertama kali menikmati HPA RFC....kira boleh la....mmg belum boleh lawan KFC tapi demi sokongan kepada produk 100% muslim & melayu...kita kena nikmatinya.

Tuesday, June 8, 2010

Score A (ELITE) - Minda Insan 1%

08/06/2010 - Untuk menjadi antara insan yang amat berjaya di dalam dunia ini yang hanya mewakili 1% dari populasi dunia...minda kena mantap. Rintangan & dugaan dalam perjuangan adalah biasa. Kena cepat bangkin kalau terjatuh...kena cepat sembuh kalau terluka...hati kena cekal...selagi ianya selari dengan syariat Islam..lakukan...hebat!!!

Monday, June 7, 2010

Score A (ELITE) - MKM Sebutharga

07/06/2010 - Alhamdulillah dapat menyiapkan sebutharga awal. Persiapan BOOM untuk malam ini di tempat baru.

Score A (ELITE) - Fully recharged after MMB3

06/06/2010 - Seronok gak duduk kat rumah persinggahan kami @ Puchong. Menikmati makan tengahari di Restoran Baser @ Bandar Puteri Puchong. Petang charge 'bettery'....

Score A (ELITE) - MMB3 @ Palace of the Golden Horses


05/06/2010 - Hasil penat lelah dalam Biz SAP dihargai dalam Malam Menggapai Bintang ke 3 anjuran ZRB MC. Giliran aku naik pentas untuk menerima anugerah as 5 Figure Income Earner...Alhamdulilah. Ya Allah permudahkan segala urusan aku untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Amin...

Score A (ELITE) - Alhamdullilah eP

04/06/2010 - Kalijaga@Walisambilan@Ishak Ismail dapat 1st biz partner.

Thursday, June 3, 2010

Score A (ELITE) - Alhamdulillah... mendapat semangat baru

03/06/2010 - Attender tender briefing MDEC @ Cyberjaya. Then lunch w xUSM mates @ Barakah. Pekena chicken Mandy.
Badan tak berapa sedap tapi gagahkan juga ke BTS. Jumpa leader hebat Bro Rapi & ambil ticket MMB3. Alhamdulilah akan naik pentas Sabtu ni as 5 figures income earner in SAP.

Wednesday, June 2, 2010

Score A (ELITE) - Teruskan perjuangan

02/06/2010 - Geram & sedih diatas musibah yg menimpa misi bantuan Gaza... Semuga Allah menghancurkan Zionis & memberi kemenangan kepada umat Islam.
Perjuangan SAP pun kena diteruskan.... mungkin jihad jiwa belum bersedia...mulakan dengan jihad ekonomi

Tuesday, June 1, 2010

Score A (ELITE) - Alhamdulillah...Didy selamat

01/06/2010 - Akhirnya dapat bertemu semula arnab kesayangan keluarga. Jiran jalan C telah menemuinya di perkarangan rumah dan menyimpanya. Baru semalam dia sempat memberitahu melalui email yahoogroups.

Tuesday, May 18, 2010

Score A (ELITE) - Tender UiTM

18/05/2010 - Golf w TM. Hari bermain dengan 'Jothi Randhwa & John Daley' hehe. Score x berapa bagus ...3 par je...double par pun ada. Tiada aktiviti SAp...focus on UiTM tender.

Score A (ELITE) - 2nd BOOM @ Shah Alam

17/05/2010 - Majlis lancar tapi sambutan kurang menggalakkan. Pada permulaan ini dijadikan sebagai tempat berlatih la nampaknya.

Sunday, May 16, 2010

Score A (ELITE) - Rehat, Susun Strategi & Berlatih

16/05/2010 - Keletihan sepanjang minggu sudah tidak tertanggung. Rehat sahaja di rumah. SGM pun missed. Tu la dia nikmat rehat@tidor disiang hari setelah bekerja keras sepanjang minggu. Mungkin kalau dah berjaya dlm SAP nanti boleh buat macam ni selalu..hehe
Membuat persiapan untuk BOOM @ Sek 7 Shah Alam esok. Tapi masih berharap sepaker utama dapat hadir.

Saturday, May 15, 2010

Score A (ELITE) - Hari Keluarga @ Nusarhu

15/05/2010 - Kesibukan SAP tak mengahlang untuk meraikan hari keluarga bersama penduduk yang lain. Cuma sayangnya jiran di Jalan A nampaknya bergitu sibuk...nak cari 3 orang untuk team takraw pun tak dapat..apa2 pun tahniah kepada AJK hari keluarga keraja berjaya menganjurkan akitviti ini.
NDO @ ZRB agak memberangsangkan , InsyaAllah akan bertambah lagi biz partner dalam amsa yang terdekat. Alhamdulillah

Score A (ELITE) - Thomas Cub fever!!

14/05/2010 - Dari 10 hanya dua orang sahaja yang datang ke BOOM...betul2 demam piala Thomas.... apa boleh buat menang sorak je....Baik ke BOOM sorak untuk menjadi jutawan...InsyaAllah.
Panjang juga bercerita dengan Biz Partner yang banyak pengalaman dalam Network marketing...malah beliau pernag ada pengalaman membangunkan sistem MLM...hebat!!

Thursday, May 13, 2010

Score A (ELITE) - 13hb Mei 2010

13/05/2010 - Bertemu dengan Biz Partner yang kurang aktif sejak kebelakangan ini. Mungkin disebabkan SNIOP & KERENGGE...walaupun alasan yang diberi kerana kesibukan tugas. Sebagai pemimpin aku tak nak mereka kecundang sebelum berjuang....3 bulan yang pertama pun belum habis dilalui....semuga dengan galakkan , dorongan & sedikit panduan mereka akan bangkit semula. InsyaAllah

Wednesday, May 12, 2010

Score A (ELIT CLUB) - A.B.C

12/05/2010 - Dengan Attitude.Believe.Commitment insyaAllah kita boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Cabaran & halangan adalah rempah ratus kejayaan.

Tuesday, May 11, 2010

Score A (ELITE) - Speed is everything...

11/05/2010 - Dalam biz ni kelajuan amatlah penting... ambil analogi macamana kapalterbang nak 'take-off'....tanpa kelajuan harus terbabas & 'crash'.... jadi jangan leka..teruskan perjuangan dengan kadar yang laju!
BOOM @ ZRB.... malam ni nak tengok speaker handle BOOM. Lama dah tak dengar secara penuh. InsyaAllah bila sampai masanya aku pula ke depan. Sesi produk di buat oleh Sdr Roy dr Kelang. Boleh tahan gak mamat ni walaupun baru.
Disamping tu sempat juga memerhati suasana...kagum dengan kesunggguhan sorang ibu muda yang membawa 2 anak kecil & sorang baby....dalam kepayahan ...tapi masih tetap nak hadir untuk mendengar maklumat & peluang... satu cabaran untuk sahabat-sahabat yang banyak kelapangan di luar sana!

Monday, May 10, 2010

Score A (ELITE) - Malam Mengapai Bintang Ke 3, 05.06.2010

10/05/10 - InsyaAllah akan naik pentas pada malam tersebut as 5 figures income earner....persiapan sedang rancak berjalan... Alhamdulilah

Sunday, May 9, 2010

Score A (ELITE) - SGM vs Prospecting

09/05/2010 - Terpaksa mengorbankan SGM demi Biz Partner. Nampaknya satu keputusan yang berbaloi. Prospek yang begitu positif. InsyaAllah akan menyertai SAP dalam masa yang terdekat. Alhamdulillah

Saturday, May 8, 2010

Score A (ELITE) - SGM @ Putrajaya & Dating @ Alamanda

08/05/2010 - SGM dengan team Putrajaya. Tq to Bro Rapi for your time & input. InsyaAllah promosi SCORE A @ Perpustakaan Shah Alam dalam masa yangterdekat. Meeting habis agak lewat dari jangkaan. Kesian zaujah menunggu lama di Alamanda . Hari ni keluar berdua sahaja. Aliah & Azzah ada program lawatan tadika mereka. Seronok gak berdua aje....tak de sapa nak kacau daun..hehe

Score A (ELITE) - Harapan cerah!

07/05/2010 - Sepanjang pagi bermesyuarat di Mindef. Lepas solat Jumaat bergegas ke UKM. Alhamdulilah harapan untuk menang amat cerah. Last appt @ d Mines. BOOM malam tadi agak hebat! Hampir 10 orang prospek & semuanya begitu positif. Semuga semuanya dapat menyertai SAP ini.

Score A (ELITE) - 1st 3 months

06/05/2010 - Teruja dengan kegigihan sorang anak muda di dalam rangkaian UK_SAP. Mengikut sistem & ICU ....insyaAllah aku doakan dia akan berjaya dengan cermelang.

Wednesday, May 5, 2010

Score A (ELITE) - Hidup semakin menarik dengan SAP!

05/05/2010 - Dalam pahit ada manisnya. Lumrah kehidupan. Cumanya terkadang apa yg berlaku adalah diluar jangkauan logik minda . Aku berserah kepadaNya sepenuhnya. Kalau kita berusaha, berdoa & bertawakal..insyaAllah akan makbulkan. Tidak ke BOOM malam ni, prospecting je..tapi Alhamdulilah sungguh positif. Moga2 meletop dgn lebih cepat kalau dia jadi Biz Partner..

Score A (ELITE) - Akhirnya berjaya!

04/05/2010 - Ketabahan & kegigihan salah sorang Biz Partner memang layak dipuji. Akhirnya dia berjaya mendapat Biz Partnet yang pertama setelah agak lama berusaha. Antar yang bagus dia I.C.U & ikut sistem yang disarankan. InsyaAllah dia sudah bersedia & cukup ilmu untuk berjaya. Kerana kejayaan tanpa persediaan & ilmu ....mungkin tak boleh bertahan lama.

Monday, May 3, 2010

Score A (ELITE) - Alhamdulillah...eP pun ok..

03/04/2010 - Sedikit gejala 'Monday Blues' melanda..... jangan layan sangat perasaan tu...untuk menjadi insan hebat gejala negatif tidak harus menguasai diri. Drive shaft kereta terpaksa ditukar...sudah menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan. Baik tukar sebelum terlambat. Pentingkan keselamat diri anda!!
Alhamdulilah perbincangan dengan customer berkenaan kontrak lanjutan berjalan dengan baik.
Alhamdulilah sorang Biz Partner hari ini & dua lagi akan menyusul dalam masa yang terdekat. Pemburuan ke ELITE CLUB nampaknya cerah sekiranya momentum ini berterusan. InsyaAllah.

Sunday, May 2, 2010

Score A (ELIT CLUB) - Azzah sayang nenek...

02/05/2010 - Azzah & Alia tak nak balik ke Shah Alam. Tak puas lagi agaknya bermain dengan nenek & mak Su @ Bik Imah @ Adik . Bertolah dalam pukul 2.30pm. Alhamdulilah traffic lancar..cuma sedikit sesak selepas Seremban/Senawang. Tak larat nak ke closing NDO. Nasib baik dalan biz ini ramai yang sanggup membantu...Sr Biz Partner...sudu menolong. Alhamdulilah prospek akan menyertai SAp dalam masa yang terdekat. Tahniah kepada Bro Azam...akhirnya beroleh partner...selamat maju jaya...insyaAllah kita boleh!!
Azzah menangis teringat nenek di kampung. Dia ajak balik rumah nenek semula....nasib baik dia boleh dipujuk...kalau tak susah juga...bukan dekat tu nak balik... kasihsayang yang lahir dari keikhlasan adalah pengikat kasih sayang antara keluarga....anak&ibu, nenek &cucu, adik beradik, sepupu sepapt dan seterusnya...moga ianya berterusan & berpanjangan...amin...

Score A (ELIT CLUB) - Balik kampung.....ooo...balik kampung


01/05/2010 - Sempat menghantar prospek ke NDO @ ZRB sebelum bertolak pulang ke kampung Muar/Ledang. Traffic agak padat hari ni...ditempat2 biasa....yg agak menghairankan exit ke bandar Melak mengalami kesesakan teruk bermula dari Simpang Empat & juga Air Keroh.
Alhamdulilah selamat sampai rumah ibu dalam pukul 3pm. Pejalanan kenduri berjalan lancar...hadirin pun ramai..terima kasih semua.

Score A - eFilling oh eFailling


30/04/2010 - Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menyiapkan & menghantar eFilling LHDN. Menemani staff untuk menghantar sebutharga. Dah lama tak naik kereta laju sebab nak hantar tender (sebab sebelum ni aku yg drive), Ngeri juga naik kereta laju2 ni....Alhamdulilah selamat semuanya....3 min sebelum masa tamat...hebat!!!
Menyempurnakan 3 bulan pertama dalam SAP dengan cermelang...Alhamdulillah. Target seterusnya ialah melayakkan diri ke ELIT CLUB dalam masa 3 bulan yang seterusnya...Ya Allah permudahkan segala urusan & berilah aku kejayaan dalam mencapai matlamat ku ini...amin..

Score A - Anak muda berjiwa besar

29/04/2010 - Maklumat yang diperlukan dengan kadar segera membuatkan aku terjah je ...alamak mereka tiada di pejabat! Penantian yang berbaloi... dapat juga berjumpa akhirnya. Alhamdulilah sudah jelas apa yang perlu aku buat hasil nasihat dari anak muda yang matang lagi berpengalaman ini. Lunch @ Vic Station.

Score A - MPKj .....mungkin ada rezeki di sini!

28/04/2010 - Melalui jiran di Nusarhu..kami dilorongkan peluang di MPKj, Tak salah mencuba & menjelajah...manalah tau rezeki kami ada di sini. Nampak agak kecil pada peringkat awal tapi mungkin ada yang lebih besar selepas ini.
IPS's DMS demo ditangguh ketarikh yang akan diberitahu kelak. Lunch appoinment adhoc bertempat di Kajang Utama. Bertemu kembali dengan kawan2 lama yang telah berjaya dalam bidang IT walaupun belajar kejuruteraan semas di USM dahulu. Perkongsian maklumat dan peluang dengan insan hebat...inyaAllah kita juga akan menjadi hebat.

Score A - Perjuangan diteruskan


27/04/2010 - Back to work..... mcm banyak keja je ! Baru cuti sehari. Tak pe tugas hakiki mesti dilaksanakan dengan cermelang....itu janji aku pada diriku...
Keletihan masih terasa... mlm ni BOOM @ KD & ZRB. Lewat petang berjumpa dengan x-staff di Phileo Damansara untuk perbincangan SAP. Alhamdulilah amat positif. InsyaAllah BOOM next Tuesday. Trafic jem sepanjang SPRINT highway. Terpaksa diverted to TTDI kalau tak sure miss solat Maghrib. Ingat nak terus baik rumah tapi menerima panggilan Biz Partner yg memerlukan bantuan di BOOM KD. Ku gagahi jua walaupun penat. Alhamdulilah bertemu semula dengan kawan sekolah lama di SMBG . Tu la indahnya biz ni...bertemu semula kawan2 lama dengan alasan yang lebih baik..baik untuk semua...InsyaAllah

Score A - MRSM Kulim



26/04/2010 - Setelah bersarapan kami meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam. terima ksaih semyua sahabat2 yang meraikan kedatangan kami ke Penang ini. InsyaAllah kita akan lebih kerap berjumpa dengan alasan yang lebih kukuh &bermakna....SCORE A...yeea
Sempat melawat MRSM Kulim...di sinilah tempat Matrikulasi 1 USM ku...banyak juga kenangan manis di sini. masuk semula ke kampus USM untuk membeli cenderahati ....kesuntukan masa...capai je mana yang dirasakan patut
Perjalanan pulang dirasakan lambat pula...mungkin disebabkan kepenatan & sudah hilang keterujaan ...maklumlah esok masuk kerja semula. Alhamdulilah selamat sampai kira2 pukul 5 pm.

Score A - Jejak Kasih




25/04/2010 - Program jejak kasih bersambung setelah check-out. Destinasi pertama ialah Naza hotel @ Tanjung Tokong. Berjumpa dengan kawan2 zaujah. Macam tak nak berpisah...terlewat untuk masuk ke kampus USM. Hujan agak lebat pulak tu. Sempat juga masuk kampus untuk bersolat @ Pusat Islam. Sessi fotograpi terpaksa dibatalkan kerana hujan. Lepaskan hajat denagn mengelilingi kampus sebelum terus ke Seberang Perai kawan zaujah. Meneruskan program jejak kasih setelah solat Magrib....destinasi seterusnya @ Kulim. Alhamdulilah selamat sampai dlam pukul 9. Lapar, letih & mengantuk. Dijamu soto jawa Bt Pahat...sodap.... tahap mengantuk tidak dapat dibendung....boleh terlena semasa bersembang....

Score A - Malam Mengapai Bintang, Penang






24/04/2010 - Alhamdulilah perjalanan lancar walaupun terlewat seditik dari jadual keberangkatan awal. Tanpa dirancang berjumpa Bro Rapi sekeluarga di R&R Bkt Gantang. Meneruskan perjalanan bersama hingga selamat sampai ke Equatorial Penang. menerima kunjungan rakan belajar di USM dulu setelah lebih 15 tahun tak berjumpa.
Saat yang dinanti akhirnya tiba...begitu teruja dengan perjalanan keseluruhan majlis. Bangga dengan pencapaian rakan2 biz yang telah berjaya. InsyaAllah aku akan menyusul tidak lama lagi.

Score A - Sibuk




23/04/2010 - Persiapan ke Penang setakat mana yang sempat disebabkan kesibukan tugas hakiki.

Thursday, April 22, 2010

Score A - DMS & Bowling @ Megalane Endah Parade


22/04/2010 - Perbincangan lanjut Desktop Management Software @ Bukit Wira. Susah juga nak cari hamper diluar musim perayaan ni. Sebesar2 Carefour pun tak ada. Game start pukul 2pm. Nasib baik staff dapat membantu. Dah lama tak main kot....score tak bagus....nasib baik bukan SCORE A...haha.
Prospek BOOM @ BTS nampaknya amat positif. Harap dapat join secepat mungkin. Bulan April menghampiri penghujung...

Wednesday, April 21, 2010

Score A - Perjuangan diteruskan







21/04/2010 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja @ BPP. Alhamdulilah lancar. Menikmati keindahan & kesegaran udara di Mesjid Sultan Mizan selepas solat Asyar. Perbincangan dengan Biz Partner untuk langkah seterusnya dalam SAP. Alhamdulilah sorang eP masuk hari ni. Zaujah dapat double matching bonus. Esok sorang lagi eP insyaAllah.

Score A - BSC&BI tender for UKM




20/04/2010 - Alhamdulilah tender siap cepat. Tak perlu jadi F1 driver hari ni. Pekena Nasi Baryani Gam Johor @ Sek 4 Bangi. Boleh tahan sedap & murah.
Alhamdulilah, tanpa disangka jiran setuju untuk hadir BOOM @ KD & very positif. Sampai tak perasan perbincangan selepas BOOM menghampiri jam 1 pagi.

Monday, April 19, 2010

Score A - SAGA oh SAGA







19/04/2010 - Pagi & petang menghadiri taklimat tender SAGA @ AG. Kali ini untuk Perbadanan Stadium Negara & Yayasan Pelajaran Mara. Mereka termasuk dalam 'medium size organization'. Kena balik opis untuk persiapan tender BSC&BI untuk UKM. Badan sebernarnya sudah teramat letih...

Sunday, April 18, 2010

Score A - NDO @ Presint 8, Putrajaya











18/04/2010
AM - Bawak anak2 berenang di club. Kesian Aliyyah ..dah banyak kali mengajak. Alhamdulilah dapat menunaikan hajatnya.
PM - Prospecting kawan sekolah zaujah. Semuga terbuka hati2 mereka. Dikhabarkan SGM kendalian Bro Imran mendapat sambutan hangat. Seawal 2.15pm dewan sudah penuh. Malah ramai yg tidak dapat masuk. membantu Biz Partner buat closing NDO @Putrajaya.

Score A - Persediaaan Malam Menggapai Bintang




17/04/2010
AM-Buat site survey untuk program promosi SAP @ perpustakan Shah Alam. Agak lancar cuma line P1 di situ tak bagus. kena cari alternatif lain.

PM-Menemani zaujah shopping baju makan malam 24/4/10 @ Penang. Nak meraikan kejayaan pun kena belajar juga. InsyaAllah akan tiba masa ku pula meraikan kejayaan. Tak sempat ke BOOM buat closing @ ZRB. Nasib baik Sr Biz partner ada untuk cover.

Score A - Mesyuarat Ketua2 Jalan Bandar Nusarhu




16/04/2010 - Menjadi pendengar yang setia kepada kawan@customer. Layan je la cerita sedih dia. Semuga beliau beroleh apa yang dihajati.
Menjadi pengcukup korum utk mesyarat ad-hoc ketua2 jalan. Sempat selit SAP gak..hehe



Makan SAP, Minum SAP, Tidur SAP!!!

Score A - Hebat!!!!

15/04/2010 - Dikhabarkan bahawa penghuni syurga kelak adalah dikalangan orang2 yang hebat.... oleh itu marilah kita menjadi orang yang hebat. Janganlah menjadi orang yang punya ciri-ciri munafik...berjanji tapi tidak ditepati..bertaubat la segera ...

Wednesday, April 14, 2010

Score A - Golf @ Monterez







14/04/2010 - Small reunion...golf dengan bekas rakan2 pejabat. Salah sorang daripadanya bekerja di GLC.... manalah tau ada projek yang boleh diusahakan bersama untuk kebaikan semua.