Thursday, April 22, 2010

Score A - DMS & Bowling @ Megalane Endah Parade


22/04/2010 - Perbincangan lanjut Desktop Management Software @ Bukit Wira. Susah juga nak cari hamper diluar musim perayaan ni. Sebesar2 Carefour pun tak ada. Game start pukul 2pm. Nasib baik staff dapat membantu. Dah lama tak main kot....score tak bagus....nasib baik bukan SCORE A...haha.
Prospek BOOM @ BTS nampaknya amat positif. Harap dapat join secepat mungkin. Bulan April menghampiri penghujung...

Wednesday, April 21, 2010

Score A - Perjuangan diteruskan







21/04/2010 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja @ BPP. Alhamdulilah lancar. Menikmati keindahan & kesegaran udara di Mesjid Sultan Mizan selepas solat Asyar. Perbincangan dengan Biz Partner untuk langkah seterusnya dalam SAP. Alhamdulilah sorang eP masuk hari ni. Zaujah dapat double matching bonus. Esok sorang lagi eP insyaAllah.

Score A - BSC&BI tender for UKM




20/04/2010 - Alhamdulilah tender siap cepat. Tak perlu jadi F1 driver hari ni. Pekena Nasi Baryani Gam Johor @ Sek 4 Bangi. Boleh tahan sedap & murah.
Alhamdulilah, tanpa disangka jiran setuju untuk hadir BOOM @ KD & very positif. Sampai tak perasan perbincangan selepas BOOM menghampiri jam 1 pagi.

Monday, April 19, 2010

Score A - SAGA oh SAGA







19/04/2010 - Pagi & petang menghadiri taklimat tender SAGA @ AG. Kali ini untuk Perbadanan Stadium Negara & Yayasan Pelajaran Mara. Mereka termasuk dalam 'medium size organization'. Kena balik opis untuk persiapan tender BSC&BI untuk UKM. Badan sebernarnya sudah teramat letih...

Sunday, April 18, 2010

Score A - NDO @ Presint 8, Putrajaya











18/04/2010
AM - Bawak anak2 berenang di club. Kesian Aliyyah ..dah banyak kali mengajak. Alhamdulilah dapat menunaikan hajatnya.
PM - Prospecting kawan sekolah zaujah. Semuga terbuka hati2 mereka. Dikhabarkan SGM kendalian Bro Imran mendapat sambutan hangat. Seawal 2.15pm dewan sudah penuh. Malah ramai yg tidak dapat masuk. membantu Biz Partner buat closing NDO @Putrajaya.

Score A - Persediaaan Malam Menggapai Bintang




17/04/2010
AM-Buat site survey untuk program promosi SAP @ perpustakan Shah Alam. Agak lancar cuma line P1 di situ tak bagus. kena cari alternatif lain.

PM-Menemani zaujah shopping baju makan malam 24/4/10 @ Penang. Nak meraikan kejayaan pun kena belajar juga. InsyaAllah akan tiba masa ku pula meraikan kejayaan. Tak sempat ke BOOM buat closing @ ZRB. Nasib baik Sr Biz partner ada untuk cover.

Score A - Mesyuarat Ketua2 Jalan Bandar Nusarhu




16/04/2010 - Menjadi pendengar yang setia kepada kawan@customer. Layan je la cerita sedih dia. Semuga beliau beroleh apa yang dihajati.
Menjadi pengcukup korum utk mesyarat ad-hoc ketua2 jalan. Sempat selit SAP gak..hehe



Makan SAP, Minum SAP, Tidur SAP!!!

Score A - Hebat!!!!

15/04/2010 - Dikhabarkan bahawa penghuni syurga kelak adalah dikalangan orang2 yang hebat.... oleh itu marilah kita menjadi orang yang hebat. Janganlah menjadi orang yang punya ciri-ciri munafik...berjanji tapi tidak ditepati..bertaubat la segera ...

Wednesday, April 14, 2010

Score A - Golf @ Monterez







14/04/2010 - Small reunion...golf dengan bekas rakan2 pejabat. Salah sorang daripadanya bekerja di GLC.... manalah tau ada projek yang boleh diusahakan bersama untuk kebaikan semua.

Score A - Sahabat dari Sarawak

13/04/2010 - Mungkin dah nak jadi rezeki...yang jauh sudah terbuka mindanya tapi yang depan mata masih lagi dalam mimpi agaknya..... tidak semua manusia beroleh hidayah...

Score A - Macam2 ada


12/04/2010 - Bak kata pepatah 'Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi' . Sedikit rasa kekesalan dengan sikap sesetengah orang. Disebabkan ketidakberkesanan cara berkerja kita yang jadi mangsa. Boleh pakai lg ke pepatah ni ' Customer is always right' ....partly I'm not agree....

Sunday, April 11, 2010

Score A - Alhamdulilah .... Berkenalan dengan insan biasa yang hebat.

11/04/2010 - Prospek zaujah x jadi datang disebabkan ad-hoc meeting katanya. Tapi dapat berkenalan dengan orang yang hatinya bersih & hidupnya diserahkan Allah. Beg tangan yg hilang telah dijumpai semula setelah beberapa bulan di copet. Semua dokumen ada & juga duit RM100 masih ada. Berkat doa & solat hajat.
Petang menghadiri kursus lanjutan & pelancaran CVO CVT @ KGSAAS. Banyak juga kebaikan Minyak Kepada Dara ini.
Malam bertemu Biz Partner @ Paman yang dah dekat 2 bulan 'tido'. Alhamdulilah nampaknya masih positif. Semuga terus terjaga & berjaya.

Score A - Alhamdulilah .... Bayangan eE







10/04/2010 - Ziarah baby Amzi @ Bangi. Tahniah dapat anak ke-4 dan lelaki pula. Jem teruk @ Plaza tol Sg Besi gara-gara final FA Cup @ Bkt Jalil. Terlepas closing BOOM. Solat Asay pun dah hujung2. Alhamdulilah sempat buat closing NDO. Prospek veru positif. InsyaAllah eE.

Friday, April 9, 2010

Score A - eMax...eMax...eMax...

09/04/2010 - JANM eBidding ....Kecundang sebelum masuk ke gelanggang!!! Gara-gara ketidaktelitian salah sorang staff kami tidak layak untuk membuat bidaan terakhir dalam sistem eBidding. Kecewa tapi nak buat macam mana...ada hikmahnya la tu.
SAp semakin menarik. Perjalana RM30K insyaAllah dalam jangkaan. Ya Allah permudahkah segala urusan untuk mencapainya. Berilah kejayaan kepada semua Biz Partner yang terlibat salam program ini. Amin

Thursday, April 8, 2010

Score A - Isianpadu's Desktop Management Software

08/04/2010 . R&D untuk perisian Desktop Management nampaknya berjalan lancar. Bangga dengan sekumpulan anak muda yang berusaha menjayakan program ini. InsyaAllah minggu hadapan akan dipersembahkan kepada pelanggan.
BOOM @ BTS meriah. Kedua-dua dewan penuh. Prospek pun agak ramai & semuanya begitu positif.

Score A - Alhamdulilah .... eMax lagi

07/04/2010 - Menerima seorang lagi Biz Partner eMax. Alhamdulilah. Tahniah kepada Suriga kerana membawa seorang lagi eMax untuk group uk_sap.

Tuesday, April 6, 2010

Score A - Elite Club


06/04/2010 - Tahniah buat Bro Rapi kerana telah melayakkan diri ke Elite Club. Kelayakan minima untuk Elit Club ialah dengan mendapat pendapatan terkumpul RM70 ribu dalam masa 3 bulan. InsyaAllah aku akan menyusul dalam masa yang terdekat.

Monday, April 5, 2010

Score A - xStaff w her two Secret Recipe outlets


05/04/2010 - Penantian satu penyeksaan. Menjadi 'penunggu ' lagi untuk satu sessi perbincangan dengan client. Bak kata pepatah ...rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Keputusan yang telah dipersetujui pada awalnya telah menjadi issu berbangkit. Walaupun begitu, InsyaAllah isu ini boleh diselesaikan. Pukul 6 baru habis perbincangan. Terserempak dengan kawan kampung yang baru balik promote insurance. Sempat pekena segelas bali ais . Lepas tu bergegas ke temujanji dengan xstaff yang telah berjaya dalam perniagaan francais Secret Recipe. Dah berjaya buka 2 outlet dalam masa 3 tahun. Alhamdulillah. Hebat!! Temujanji terakhir @ Rahmath Bistro U10 bersama jiran setaman. Hikmahnya.... jiran ku supplier ku jua. Kalau dari dulu tahu kan senang nak buat biz. Archibus disti rupanya.

Sunday, April 4, 2010

Score A - NDO @ Kolej 11 UM
















04/04/2010 - Ziarah sahabat yang baru menerima ahli keluarga yang baru. Anak lelaki..cukup 2 pasang...alhamdulillah.
SGM @ BTS ..lambat 1/2 jam...penuh macam BOOM pulak. Ambil kesempatan menyusun strategi perniagaan dengan leader. Bergegas ke UM untuk closing NDO disana. Dewan agak kurang sesuai & selsesa. Tapi Alhamdulilah prospek begitu positif. InsyaAllah signup la tu.

Score A - Akhirnya mahu juga ke BOOM!!




03/04/2010 - Setelah sekian lama memujuk akhirnya adik ipar setuju ke BOOM. Alhamdulillah dia berminat & bersetuju untuk mentyertai SAP. InsyaAllah akan ku bimbing & bantu mana yang perlu & patut. Lunch @ rumah mak mertua, sedapnya ikan pari masak kencur...3 kali tambah. Lari diet. Prospecting sepupu @ Giant Bdr Kinrara, nampaknya begitu positif. Ahlandulilah. Lewat petang bantu Bro Rapi buat closing NDO @ BTS. Kesian pun ada buat Ahmad & prospeknya. Prospeknya dah nampak tapi tiada keinginan untuk mencuba. Memang betul kata orang.... tidah semua Allah melorongkan jalan dalam biz yang bersih lagi mulia ini. teruskan perjuangan....bak katan President Kenshido... Some Want, Some Won't, So What? Next!!!

Score A - Pots Luck Party @ Jalan 32A NusaRhu

02/04/2010 - Perbincangan denga pembekal & pelanggan berjalan lancar. Solat Jumaat di Mesjid Pangkalan TUDM Sunabg. Topik yang menarik iaitu mengenai rasuah. Lunch dengan Patimas & Oracle @ Killiney Laman Seri Business Park. Perbincangan berkenaan kertas cadangan Desktop Management juga berjalan lancar, Alhamdulilah.

Tiada prospek ke BOOM malam ini kerana semua kelencunan dek hujan rahmat. Antara hikmah tidak ke BOOM...rupa2 jiran sejalan/selorong buat keputusan mengejut utk mengadakan ports luck. Elok juga kerana dah lama tidak berkumpul.

Thursday, April 1, 2010

Score A - April Fools' Day

01/04/2010 - Kita tengok siapa yang kena!! jeng..jeng..jeng . Badan letih & kepala sedikit pening. Tidak cukup rehat agaknya . Penangan SAP. Tidak ke BOOM malam ni. Solat Jemaah & baca Yasin bersama keluarga sahaja. Ziarah jiran yang akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Berkongsi pengalaman & tips mana yang ada. Mendoakan agar beliau beroleh umrah yang mabrur. InsyaAllah akan ke sana semula dalam masa yang terdekat. Mungkin hujung tahun. Moga dijemput , dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan.

Score A - Crossline? Oh mungkin tidak!!


31/03/2010 - Willing Buyer & Willing Seller. Best Man Wins. Entahlah dalam biz ni pun mungkin kita terpaksa menghadapi situasi sebegini.

Score A - Semangat sahaja tidak mencukupi.

30/03/2010 - Antara masalah bangsa kita dalam perniagaan ialah ketidakcukupan modal. Tapi sampai bila? Semakin jauh lah jurang perbezaan dengan bangsa lain sekiranya masalah ini berterusan. Didoakan semuga bakal Biz Partner dapat menyelesaikan masalah modalnya secepat mungkin.