Monday, January 14, 2013

Permulaan satu kehidupan baru untuk Izzuddin

12.01.2013 - Semuga tarikh keramat ini menjadi titik tolak untuk anak lelaki aku mencapai kedewasaan & kemantangan dalam suasana yang terbaik. Semuga dipermudahkan segalanya & kemuncaknya menjadi anak soleh yang pintar, Al-hafiz & menjadi professional yang hanyan Allah sebagai tempat pergantunganya.

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah...Syukur pada mu ya Allah...


11/10/11 - Alhamdulillah akhirnya dapat tarikh berangkat ke tanah suci dengan KT64, 22/10/11. Rasa syukur & berdebar....mungkin inilah rasanya bakal menjadi tetamuNya.... Ya Allah berilah aku kesihatan, keselamatan, kemudahan & dapat menyempurnakan ibadah haji yang terbaik dan beroleh haji yang mabrur.....Ya Allah berilah perlindungan terhadap anak-anak , keluarga & hartabenda yang ditinggalkan....tabahkan lah hati kami semua untuk melalui perjalanan ini...amin

Allah lebih menyayanginya.......


Tanggal 7/10/2011 , 9hb Zulkaedah 1432H, tepat jam 12 malam Cikgu Hj Sayuti b Hj Mohd Noh @ MOH telah dijemput oleh menemui Penciptanya, Allah s.w.t setelah kira-kira tiga minggu berjuang untuk pulih dari serangan 'stroke'....akhirnya ia kembali menemuiNya walaupun seminggu sebelum itu 29/10/2011 menampakkan ada peluang untuk pulih. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk allahyarham....semuga diberi keampunan & rohnya dicucuri rahmat.

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan 2011/1432H

Semuga diberi kesihatan & kekuatan untuk melakukan sebanyak ibadah yang mungkin..... mengharungi pertengahan Ramadhan dengan mencari keampunan dariNya.... juga kena tabah menghadapi cabaran kehidupan ....

Tuesday, February 1, 2011

01 02 2011 & Score A

Alhamdulillah sudah masuk tahun ke-2. Semuga kejayaan lebih hebat. Ya Allah permudahkan lah...

Monday, January 31, 2011

30.01.2011 - Satu lagi tarikh keramat

Perjalanan untuk menuju suatu matlamat yang baru bermula pada hari ini. Semuga dipermudahkan segala urusan. Kalau setahun yang lalu tarikh ini adalah 'turning point' dalam SAP.

Monday, November 1, 2010

Score A (ELITE) - Back to Basic

011110 - Seperti yg disarankan di SGM semalam...mari lakukan kembali L1,L2 & Duplikasi

Wednesday, October 20, 2010

Score A (ELITE) - 20.10.2010

20102010 - Dengan strategi & semangat yang baru untuk lebih berjaya dalam hidup....Insyaallah aku boleh.

Score A (ELITE) - xSKSM Reunion 10.10.10

10.10.10 - Alhamdulillah, majlis berkalan lancar & meriah. Terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh semua yang hadir. InsyaAllah Reunion MEGA pada Jun 2011

Sunday, August 15, 2010

Score A (ELITE) - Lawan tetap lawan!

18/08/10 - Jangan dilayan perasaan 3M..... kalau syaitan sudah dibelenggu tapi masih 3M , apa maknanya tu? Tepuk dada tanya Iman!

Friday, August 13, 2010

Score A (ELITE) - 3 Ramadhan 1431H

13/08/2010 - Alhamdulilah.... rahmat bulan Ramadhan terserlah. Segala ujian pasti ada hikmahnya. 10.8.10 & 13.8.10 menjadi satu lagi tarikh penting . Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.....
Alia berjaya menghabiskan puasa penuh hari ini....tapi kesian hingga perut masuk angin & badan sedikit hangat. Tidur awal malam ni. Semuga esok boleh puasa lagi...Alia hebat!!!

Tuesday, August 10, 2010

Score A (ELITE) - 10 8 10

Segala yang terjadi InsyaAllah ada hikmahnya. Tiada yang sia-sia bagi semua ciptaan Allah. Bersabar kalau ihklas sudah tentu ada ganjaranya. Manisnya kejayaan setelah menempuh segala macam halangan. Kehidupan mesti diteruskan kerana perjuangan belum selesai.

Saturday, July 31, 2010

Score A (ELITE) - Penna Co Traditional Home Made Chocolate





31/07/2010 - SGM @ Klang conducted by Leader hebat Bro Rapi & Kak Ina . Alhamdulillah lancar & produktif. Semuga selepas ini Biz partner akan lebih pantas bergerak.
PM - Bestnya dapat tido siang ...sampai terlajak ... ada program melawat kilang cokelat sahabat lama @ Bkt Kerayong. Nak beri sokongan moral buat kawan2 yang terlibat dalam perniagaan walaupun bukan SAP. Mendoakan kejayaan beliau dengan biz baru ini.

Thursday, July 29, 2010

Score A (ELITE) - Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak


28/07/2010 - Kira2 10 hari lagi Ramadhan akan tiba. Kuliah bulanan Nusarhu oleh Ustz Hajar menekankan aspek persediaan menyambut Ramadhan. Alhamdulilah.... teruja untuk menyambut kedatangan penghulu segala bulan ini. InsyaAllah Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang sudah2. Ya Allah panjangkan umur , berilahkan aku kesihatan & kelapangan bagi merebut segala kelebihan Ramadhan...amin..

Wednesday, July 28, 2010

Score A (ELITE) - Sekali Pantai Bah....


28/07/2010 - Semuga diberi kekuatan olehNya dalam mengharungi segala cabaran hidup. Di beri rahmat & hidayah agar segala tindakan & keputusan adalah yang terbaik untuk kehidupan dunia & akhirat. Kena yakin dan percaya...Allah sentiasa bersama kita.... InsyaAllah semua cabaran dapat dilalui dengan cemerlang. Amin..

Monday, July 19, 2010

Score A (ELITE) - Sinar baru!


19/07/2010 - Optimis dengan sinar baru hasil dari program di SK Meru(2). Semuga Allah tetapkan hati agar sentiasa ikhlas dengan sumbangan yang diberikan. Mendoakan yang terbaik kepada anak-anak bangsa yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada 21-23/9/2010 nanti. Dengan bantuan SAP , InsyaAllah mereka akan lebih bersedia. Semuga Allah permudahkan segala urusan & murahkan rezeki...amin..

Sunday, July 18, 2010

Score A (ELITE) - Taklimat & Promosi Score A @ SK Meru (2)






17/07/2010 - Alhamdulillah, dengan kerjasama PIBG & Pengurusan SK Meru(2) team UK-SAP telah berjaya mengadakan sesi penerangan & juga promosi SAP di SK Meru(2). Sambutan amat menggalakkan sehingga tak menang tangat dibuatnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya YDP PIBG En Khamis Pairan, Guru Besar Pn Jamaliah, Penolong Guru Besar, cikgu2, Leader hebat En Rapi&Pn Zarina dan semua Biz partner yang terlibat. Jasabaik kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Bersama kita menuju angkasa kejayaan..amin...

Wednesday, July 14, 2010

Score A (ELITE) - Special Training by Sifu Aziz


14/07/2010 - Kesibukan dengan tender tidak menghalang untuk mendengar amanat Sifu Aziz...betul2 teruja. Terima kasih daun keladi. Semuga menjadi bekalan dalam mengharungi perjalanan ku dalam SAP. Ya Allah permudahkan la segala urusan kami ..berilahkan kesihatan & kelapangan untuk Sifu Aziz terus membimbing kami. Amin..

Saturday, July 10, 2010

Score A (ELITE) - 10.07.10 , Genap 4 tahun bersama Isianpadu


10/07/2010 - World cup 2010 menghampiri final. Mengimbau semula 4 tahun yang lalu..hari pertama ku di IPS adalah hari final WC 2006. Masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah so fa so good.. Alhamdulillah
IPS pun semakin maju.... InsyaAllah bulan August ni kami pindah opis baru milik kami.

Friday, July 9, 2010

Score A (ELITE) - 09.07.2010 , 39 tahun umurku


09/07/2010 - Alhamdulillah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan & dimurahkan rezeki. Kehidupan tetap dengan warna-warninya. Susah & senang, suka & duka adalah asam garam kehidupan. Pengurusan cabaran hidup perlukan kesabaran , skil & yang pastinya memerlukan pertolongan dari Allah. Hanya penyerahan total kepadaNya...hati akan menjadi tenang.
Selama 39 tahun sudah diberi nikmat kehidupan & iman. Semuga diberikan lagi masa untuk menjadi insan yang lebih hebat serba serbinya. Ya Allah permudahkan segala urusan & berilah aku kejayaan dunia & akhirat.