Wednesday, June 17, 2009

Alhamdulilah...selamat kembali ke tanah air


Alhamdulillah urusan ibadah & perjalanan sebagai tetamu Allah berjalan lancar. Ada juga serba sedikit dugaan & cabaran. Antaranya terpisah dengan mutawif semasa ibadah umrah yang pertama, tapak kaki rasa macam haus nak melecet, ulser mulut, cuaca yang agak panas etc.
Memori indah semasa berada di dua tanah suci masih lagi segar dalam ingatan. Moga dipermudahkan untuk kesana semula...To be continued...

Wednesday, June 3, 2009

Labbaik Allâhumma labbaik.....


04-17/06/2009

Labbaik Allâhumma labbaik, labbaik lâ syarîka laka labbaik, inna al-hamda, wa ni'mata laka wa al-mulk, lâ syarîka laka

Aku datang ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu; Aku datang, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang; Sesungguhnya segala pujian, segala kenikmatan, dan seluruh kerajaan, adalah milik Engkau; tiada sekutu bagi-Mu.

Moga di permudahkan segala urusan, selamat pergi dan kembali & beroleh umrah yang mabrur....kemaafan dipinta kepada semua diatas segala kesalahan & kesilapan...halalkan segalanya....

Persediaan saat2 akhir...




3/6/09 - Pagi dipenuhi dengan temujanji...Ambik adik d Wangsamaju , gunting rambut , tukar duit & belibelah saat2 akhir. Terima ziarah jiran disaat2 akhir...berkemas hingga 1 pagi.

Tuesday, June 2, 2009

Running out of time...


2/6/2009 - Hari ni habiskan masa di pejabat...cuba selesaikan apa yang perlu sebelum berangkat...kalau ikut kerja mmg tak akan habis....so buat mana yg mampu...kaki nampaknya ada perubahan positif setelah menjalani beberapa kali terapi ais....insyaAllah boleh baik..kena optimis dlm pasrah...
Esok pagi ada 2 lg temujanji.... mengikut perancangan sepatutnya dah mula bercuti ... tapi x pe la mungkin dengan ini dada akan lebih lapang & lebih focus beribadah kelak... amin...

Tengah biap nak balik rumah terima panggilan dr rumah...zaujah sesak nafas. Kelamkabut balik & hantar ke SMC/KPJ...alhamdulilah x ada apa yang serius. Dah 3 minggu kesihatan zaujah kurang memberangsangkan...harap semua ok lepas ni...

Monday, June 1, 2009

Ujian Allah...


1/6/2009 - Semakin hampir dengan tarikh keberangkatan aku diuji dengan sedikit kecederaan(harap2 x serius)...tergelincir semasa nak pergi temujanji dengan customer pagi tadi. Terpijak lebihan paip PVC semasa nak ambil kereta. Kesakitan yg amat sangat ...lebih dari biasa ( sbb lutut kanan ni mmg dah tak berapa kuat)...beberapa kali gak lutut kanan ni terpelecok... hanya doa yg dapat aku pohon dariNya agar cepat sembuh & dapat menunaikan ibadat dengan sempurna. Selain diri sendiri... tanggungjawab terhadap ibu tercinta juga mesti dilaksanakan.....ikut perancangan asal aku yg akan sentiasa membantu dia kesana & kemari semasa di tanah Suci kelak....

Sunday, May 31, 2009

Kenduri lg....






















Aliyyah ada pertandingan melukis sempena pameran Bomba & Penyelamat @ Sek 13...nampaknya kena banyak berlatih lg.... Hari ni makcik pulak buat kenduri arwah & doa selamat@kesyukuran masuk rumah baru..... Lepas ni rumah Rizal(sepupu) & Wak Amat(bapak mertua dia) pulak le agaknya... semua baroni ...hehe

Sunday, May 24, 2009

Minggu yang padat & meletihkan






















18-23/5/2009 - Kesibukan berterusan.... banyak aktiviti di RMC & persiapan untuk menjadi tetamuNya. Hujung minggu balik kampung Muar untuk majlis bacaan Yasiin & doa selamat. Menu kali ni..nasi tomato, ayam masak merah, dalca & rojak nenas..Alhamdulilah semuanya lancar . Bertolak dr kampung dalam pkl 6 ptg...sampai S Alam hampir pukul 10 malam.