Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuh...

Mungkin ramai yang tidak bersetuju tapi aku lebih tidak bersetuju kenapa PPSMI diperkenalkan. Tujuan yang baik sahaja tidak cukup sekiranya perlaksanaannya yang terburu-buru & tidak betul. Orang sakit perut jangan diberi ubat sakit kepala @ panadol. Mungkin panadol bole melegakan kesakitan tapi bukan merawat sakit perut tadi.Kita sambung nnt....

Downed by diarrhea.....


Tengahari Isnin dah mula...tapi masih terkawal. Malam Selasa badan mula seram sejuk & berbisa. Makan pil pocai x jalan, makan panadol pun x jalan. Nak tido pun tak bole. Kali ni agak teruk. Biasanya makan pil herba cina tu cepat ok...panadol pun lps makan berpeluk skit & terus ok. Tapi kli ni lain macam je. Petang Selasa jumpa doktor..pun nampaknya macam tak berkesan cuma bisa2 dah kurang . Doc kata food poisoining tapi kenapa wife , anak2 & family yang kat kampung ok je.

Petang Rabu masuk air satu botol. Doc dah suggest semalam tapi ingat bole bertahan dengan minum banyak2. Tapi manalah selera masa2 mcm ni. Makanan paling sedap pun nampak tak menyelerakan...pada masa blog ni di update ni pun perut rasa sikit memulas..Tak tau la tengah banyak kerja pulak ni...next monday ada tender submission...perlukah aku memasukan diri ke hospital pakar?

Monday, July 6, 2009

Generasi pelapis....




Berkongsi kebimbangan dengan sahabat@client berkenaan survival anak bangsa...dengan godaan & cabaran masakini.... perasaan bercampur-baur bila mendengar isu pendidikan & masalah sosial yang melanda anak muda zaman sekarang. Bersediakah mereka mengalas cabaran setelah kita semua tiada kelak? Menjadi muslim yang cermelang adalah kemestian, kalaupun mereka tidak cermelang dalam pelajaran. Salah siapakah atas apa yang berlaku ini? ...ibubapa, masyarakat atau kerajaan...yang pastinya setiap pihak mestilah menunaikan kewajipan masing2.


Bolehkah sekolah2 agama, mahaad tahfiz & sekolah yang berasaskan agama dapat membantu. Sedangkan kita suapkan dengan berita bahawa penyakit sosial juga telah menembusi institusi2 tersebut.


Adalah sukatan pelajaran & program pembelajaran yang sedia menyumbang kepada masalah ini atau golongan perlaksana yang telah gagal memainkan peranan?


Kepada sahabat2 yang membaca & mempunyai pendapat ...dialu-alukan pendapat bernas kalian..

Sunday, July 5, 2009

Durian ...oh....durian...
















4&5/6/2009





Sabtu - Balik kampung Muar...sampai Pasar Tani Bukit Gambir dalam pukul 12 tghari. Beli buah tembikai kuning & buah pittaya@naga untuk majlis bacaan yassin & doa selamat kakak. Sampai rumah kakak ngam2 waktu makan...istimewa ari ni..ayam kampung masak kicap & 'ungkep"...lari diet. Menu lain pun menyelerakan antaranya ..pulut kuning+serunding, ubi rebus+sambal udang etc....selera kampung la katakan..
Ptg dalam pukul 5 sampai la kat rumah ibu...agenda pertama...cari durian...dapatlah 4 biji termasuk yang kita 'paksa' gugur..hehe. Buah tak berapa menjadi tahun ni & berebut dgn si tupai pulak...bersyukur la dengan apa yang ada...niat sedakah je la kat mahluk Allah yang lain...

Malam pesta durian...ibu dah simpankan dalam 1 1/2 baldi...kira puas la juga...dapat lepas gian.


Ahad - Udara nyaman tanda nak hujan....hujan sekejap2 & agak lebat.....tapi sempatla tengok kebun ..bersihkan mana yang patut, bungkus mangga cokanan, petik rambutan, manggis, pisang & ubi. Dalam pukul 4 bertolak balik ke Shah Alam. Singgah sekejap kat Bt 19...nampaknya projek cacing tak berapa menjadi....tengoklan 1-2 bulan ...baru buat keputusan muktamad.

Perjalanan lancar...cuma jem sikit kat Seremban...Alhamdulilah sampai rumah dlm 7.15 pm...

Friday, July 3, 2009

Solat Jumaat @ mesjid Subang Permai


Hampir seharian di pejabat ...tender, follow-up etc. Tukar angin ari ni dengan bersolat Jumaat d Subang Permai. Pekena bihun sup...berasap ko tengah2 hari makan sup....gerai payung tepi mesjid jek... cuaca panas pun ye juga...hari ni balik lambat ada perbincangan tender pkl 9 mlm. Tak tau pkl brp bole habis. Tapi yg penting esok balik kampung Muar...yeaaaa... kakak buat bacaan Yasin & doa kesyukuran atas kejayaan menunaikan umrah yang lepas... Disamping itu harap ada la durian yg sudi jatuh...kalau ikutkan mmg dah abis pun....dah luruh 2-3 minggu lepas..

Thursday, July 2, 2009

Jamuan Baryani @ Mindef


UAT eBajet yang sebenar bermula hari ini. Feed-back awal nampaknya ok...harap ianya berterusan hingga ke hari akhir uAT. Pn Kamisah buat jamuan kesyukuran...sempat menjamah nasi dagang & baryani. Dapat sembang sekejap dengan Pengarah....mulanya dia tak cam...maklumla dengan imej baru..hehe. Petang ke RMC....team Hware x nampak bayang pun..Hari untuk balik awal skit (6.40 baru gerak)....mlm Jumaat la katakan

Wednesday, July 1, 2009

UiTM tender briefing


Jumpa kawan2 lama kat tender briefing. Raja Amir(x-Solsis), Aznizan(x-ITC) & Hairulah(Imatera). Petang ....buat informal interview utk post pre-sales... kalau ikut aku ok je....apa2 pun biar MD comment dulu...