Sunday, August 9, 2009

09 08 09.....Tender lagi...


Isnin-Jumaat - Tender Mindef, meeting w partners & customers......sapa kata tak penat...

Sabtu - penuh dengan aktiviti...bermula dgn rewang rumah Wak Amat, service kereta, tahlil, mesyuarat AKJ surau & jamuan Jalan A(minta diri awal...dlm pkl 2...nak kena simpan tenaga skit...)

Ahad- Belanja dapur ....rehat jap then g opis..buat tender Jab Penjara...amat2 berharap boleh menang tender ni. Semuga strategi betul & mendapat pertolongan Allah...Tahun ni tak de lagi tender besar yg kami dapat...

Saturday, August 1, 2009

Gotong royong surau sementara Nusarhu...









































Kedatangan Ramadhan semakin terasa. Atas ihsan insan berhati mulia telah membenarkan Sem-D yg belum diduduki untuk dijadikan surau sementara. Moga diberikan kekuatan untuk penduduk taman ini untuk mengimarahkan surau ini.








Pagi Ahad kami sekeluarga meraikan hari sukan Tadika Aliyyah....ada acara untuk ibu&bapa juga..layannn...

Sunday, July 26, 2009

H1N1.....


Kesibukan berterusan..ada beberapa tender baru keluar & juga yang perlu dihantar pada minggu ni. Mesyuarat & temujanji pun banyak juga. Pengurusan masa yang berkesan amat penting....walaupun begitu keletihan fizikal tak dapat dielakkan.
Wabak H1N1 nampaknya semakin serius...apakah langkah yang paling berkesan untuk aku yg selalu berjumpa dengan khalayak? Semuga Allah sentiasa melindungi aku, keluarga & saudara2 ku sekelian...
Hujung minggu banyak berhibenasi di rumah sahaja... temujanji dibatalkan & hujan pg ahad yg membatalkan secara sendirinya program 'berkubang' @ Monterez..

Sunday, July 19, 2009

Alhamdulilah semakin sihat...selera makan pun bertambah


Mee goreng 'spesel' Abg Pie













..selam jangan tak selam...


Minggu ni rasanya selera makan agak tinggi...makan agak banyak.... dah tak rasa perut ni 'slim'... minta Abg Pie RMC sediakan mee goreng spesel untuk mesyuarat Jumaat yang lepas...nampaknya semua berselera makan.
Minggu ni agak sibuk maklumlah banyak kerja tergendala ...4 hari MC... nasib baik tender AG tak jadi buat. Kalau tak sure kelam kelibut jadinya..
Hujung minggu ni banyak masa dihabiskan dengan keluarga. Sempat bungkus mangga cokonan kat rumah mak mertua. Pagi ahad bawak anak2 ke Monteraz.... lama dah tak 'berkubang'. Tghari ketua jalan buat jamuan bertunang anak sulongnya.

Saturday, July 11, 2009

Izzuddin's Takewondo grading






















Izzuddin beria2 nak ambik test hari ni. Kalau ikutkan dia tak dapat lagi patern talipinggang hijau 2. Hantar juga selepas suruh dia practice betul2. Nampaknya dia boleh buat cuma d final parts dia kelam kabut sikit.

Friday, July 10, 2009

10 07 09 ...... 3rd yr w ISIANPADU


Hari ni mula bekerja. Badan masih lagi agak lemah percakapan sedikit bergetar. Banyak perkara tertangguh yang harus diselesaikan. Alhamdulilah dapat mencapai sasaran kerja ari ini.
Hari ini juga genap 3 tahun aku bersama Isianpadu.... Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar...cuma dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini memang sukar membuat unjuran jualan yang tinggi. Semuga keadaan ekonomi akan bertambah baik tahun depan. Moga hasrat untuk melihat syarikat mencapai kejayaan lebih besar tercapai.

Thursday, July 9, 2009

09 07 09 .....dah 38 tahun usiaku...







Alhamdulilah dikurniakan Allah panjang umur walau diuji dengan sedikit masalah kesihatan 2-3 hari kebelakangan ni...moga gugur dosa-dosa yang baru nak melekat semula kiranya ada atau dinaikan lagi kemuliaan diri ini. Semua aku redha.
Zaujah & anak2 ada la buat sedikit sambutan. Hidangan KFC untuk makan malam, kuih2, kek harilahir berkongsi dengan Aqilah(harilahir anak sulong semasa umrah yang lepas) & hadiah dari anak2 & zaujah sendiri.
Moga dipanjangkan umur bagi membuat lebih banyak ibadat & dimurahkan rezeki untuk dikongsi bersama...amin...