Sunday, October 11, 2009

Silaturahim Syawal diteruskan...





Dalam kegembiraan Syawal ada juga perkara yang menyedihkan...lambat hantar tender SSM ...segala usaha tersia begitu sahaja..... kacau mood jamuan raya dipejabat..... tu yang tak ada gambar sekitar majlis.
Program kunjung-mengunjung Syawal diteruskan. Sebahagianya terakam didalam gambar2 yang diletakkan di blog ini...

Sunday, October 4, 2009

Silaturahim Syawal 1430H/2009









Aktiviti kunjung mengunjung & rumah terbuka bagi mengeratkan lagi ukhuwah & silaturahim diteruskan. Memang meletihkan tapi rasanya berbaloi.

Saturday, September 26, 2009

Catatan bergambar Syawal 1430H/2009











Salam Idul Fitri 1430H/2009


Alhamdulilah telah sempurna sebulan Ramadhan, semuga diterima semua amalan & doa. Marilah bersama meraikan kemenangan dalam ruang lingkup yang dibenarkan syarak. Sempena Syawal ini marilah kita bersama mengeratkan lagi silaturahim dengan menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin

Sunday, September 13, 2009

Iftar @ Grand Seasons





Atas cadangan pihak yang diraikan iftar kali ini di buat di Seasons Cafe...boleh tahan ramai orang & pilihan . Tapi sayang dekat separuh tidak hadir. Habis iftar kena balik pejabt sambung buat proposal..esok nak kena hantar....perut dah kenyang ...mata pun layu...mcmana ni? Sempat siap ke?

Buka Puasa @ Yayasan Restu & Tarawih @ Mesjid Negeri





Pagi jaga anak2..zaujah ada majlis khatam Al-Quraan @ Surau. Petang ada kursus lanjutan CVT & berbuka puasa di Taman Tamadun Islam Shah Alam. Malam solat tarawih kat mesjid Shah Alam. Mesjid selesa, bacaan baik & tak terlalu panjang. 20 rekaat boleh habis dlm pkl 10. Kira ok la tu..

Wednesday, September 9, 2009

09 09 09 ....999


Nasib baik tak ada apa2 kecemasan yang berlaku..hehe. Yang pastinya hari ni penuh dengan meeting...last meeting lps moreh kat surau. InsyaAllah kami sedang usahakan surau tetap untuk kawasan kami. Developer dah sediakan tapak mesjid...tapi entah bila nak dibangunkan. Sekarang kami kena pohon pulak tapak surau....agak panjang perjalanan tu. Tapi insyaAllah dengan keberkatan Ramadhan moga semuanya dipermudahkan.