Monday, April 5, 2010

Score A - xStaff w her two Secret Recipe outlets


05/04/2010 - Penantian satu penyeksaan. Menjadi 'penunggu ' lagi untuk satu sessi perbincangan dengan client. Bak kata pepatah ...rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Keputusan yang telah dipersetujui pada awalnya telah menjadi issu berbangkit. Walaupun begitu, InsyaAllah isu ini boleh diselesaikan. Pukul 6 baru habis perbincangan. Terserempak dengan kawan kampung yang baru balik promote insurance. Sempat pekena segelas bali ais . Lepas tu bergegas ke temujanji dengan xstaff yang telah berjaya dalam perniagaan francais Secret Recipe. Dah berjaya buka 2 outlet dalam masa 3 tahun. Alhamdulillah. Hebat!! Temujanji terakhir @ Rahmath Bistro U10 bersama jiran setaman. Hikmahnya.... jiran ku supplier ku jua. Kalau dari dulu tahu kan senang nak buat biz. Archibus disti rupanya.

Sunday, April 4, 2010

Score A - NDO @ Kolej 11 UM
















04/04/2010 - Ziarah sahabat yang baru menerima ahli keluarga yang baru. Anak lelaki..cukup 2 pasang...alhamdulillah.
SGM @ BTS ..lambat 1/2 jam...penuh macam BOOM pulak. Ambil kesempatan menyusun strategi perniagaan dengan leader. Bergegas ke UM untuk closing NDO disana. Dewan agak kurang sesuai & selsesa. Tapi Alhamdulilah prospek begitu positif. InsyaAllah signup la tu.

Score A - Akhirnya mahu juga ke BOOM!!




03/04/2010 - Setelah sekian lama memujuk akhirnya adik ipar setuju ke BOOM. Alhamdulillah dia berminat & bersetuju untuk mentyertai SAP. InsyaAllah akan ku bimbing & bantu mana yang perlu & patut. Lunch @ rumah mak mertua, sedapnya ikan pari masak kencur...3 kali tambah. Lari diet. Prospecting sepupu @ Giant Bdr Kinrara, nampaknya begitu positif. Ahlandulilah. Lewat petang bantu Bro Rapi buat closing NDO @ BTS. Kesian pun ada buat Ahmad & prospeknya. Prospeknya dah nampak tapi tiada keinginan untuk mencuba. Memang betul kata orang.... tidah semua Allah melorongkan jalan dalam biz yang bersih lagi mulia ini. teruskan perjuangan....bak katan President Kenshido... Some Want, Some Won't, So What? Next!!!

Score A - Pots Luck Party @ Jalan 32A NusaRhu

02/04/2010 - Perbincangan denga pembekal & pelanggan berjalan lancar. Solat Jumaat di Mesjid Pangkalan TUDM Sunabg. Topik yang menarik iaitu mengenai rasuah. Lunch dengan Patimas & Oracle @ Killiney Laman Seri Business Park. Perbincangan berkenaan kertas cadangan Desktop Management juga berjalan lancar, Alhamdulilah.

Tiada prospek ke BOOM malam ini kerana semua kelencunan dek hujan rahmat. Antara hikmah tidak ke BOOM...rupa2 jiran sejalan/selorong buat keputusan mengejut utk mengadakan ports luck. Elok juga kerana dah lama tidak berkumpul.

Thursday, April 1, 2010

Score A - April Fools' Day

01/04/2010 - Kita tengok siapa yang kena!! jeng..jeng..jeng . Badan letih & kepala sedikit pening. Tidak cukup rehat agaknya . Penangan SAP. Tidak ke BOOM malam ni. Solat Jemaah & baca Yasin bersama keluarga sahaja. Ziarah jiran yang akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Berkongsi pengalaman & tips mana yang ada. Mendoakan agar beliau beroleh umrah yang mabrur. InsyaAllah akan ke sana semula dalam masa yang terdekat. Mungkin hujung tahun. Moga dijemput , dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan.

Score A - Crossline? Oh mungkin tidak!!


31/03/2010 - Willing Buyer & Willing Seller. Best Man Wins. Entahlah dalam biz ni pun mungkin kita terpaksa menghadapi situasi sebegini.

Score A - Semangat sahaja tidak mencukupi.

30/03/2010 - Antara masalah bangsa kita dalam perniagaan ialah ketidakcukupan modal. Tapi sampai bila? Semakin jauh lah jurang perbezaan dengan bangsa lain sekiranya masalah ini berterusan. Didoakan semuga bakal Biz Partner dapat menyelesaikan masalah modalnya secepat mungkin.