Sunday, May 2, 2010

Score A - Anak muda berjiwa besar

29/04/2010 - Maklumat yang diperlukan dengan kadar segera membuatkan aku terjah je ...alamak mereka tiada di pejabat! Penantian yang berbaloi... dapat juga berjumpa akhirnya. Alhamdulilah sudah jelas apa yang perlu aku buat hasil nasihat dari anak muda yang matang lagi berpengalaman ini. Lunch @ Vic Station.

Score A - MPKj .....mungkin ada rezeki di sini!

28/04/2010 - Melalui jiran di Nusarhu..kami dilorongkan peluang di MPKj, Tak salah mencuba & menjelajah...manalah tau rezeki kami ada di sini. Nampak agak kecil pada peringkat awal tapi mungkin ada yang lebih besar selepas ini.
IPS's DMS demo ditangguh ketarikh yang akan diberitahu kelak. Lunch appoinment adhoc bertempat di Kajang Utama. Bertemu kembali dengan kawan2 lama yang telah berjaya dalam bidang IT walaupun belajar kejuruteraan semas di USM dahulu. Perkongsian maklumat dan peluang dengan insan hebat...inyaAllah kita juga akan menjadi hebat.

Score A - Perjuangan diteruskan


27/04/2010 - Back to work..... mcm banyak keja je ! Baru cuti sehari. Tak pe tugas hakiki mesti dilaksanakan dengan cermelang....itu janji aku pada diriku...
Keletihan masih terasa... mlm ni BOOM @ KD & ZRB. Lewat petang berjumpa dengan x-staff di Phileo Damansara untuk perbincangan SAP. Alhamdulilah amat positif. InsyaAllah BOOM next Tuesday. Trafic jem sepanjang SPRINT highway. Terpaksa diverted to TTDI kalau tak sure miss solat Maghrib. Ingat nak terus baik rumah tapi menerima panggilan Biz Partner yg memerlukan bantuan di BOOM KD. Ku gagahi jua walaupun penat. Alhamdulilah bertemu semula dengan kawan sekolah lama di SMBG . Tu la indahnya biz ni...bertemu semula kawan2 lama dengan alasan yang lebih baik..baik untuk semua...InsyaAllah

Score A - MRSM Kulim



26/04/2010 - Setelah bersarapan kami meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam. terima ksaih semyua sahabat2 yang meraikan kedatangan kami ke Penang ini. InsyaAllah kita akan lebih kerap berjumpa dengan alasan yang lebih kukuh &bermakna....SCORE A...yeea
Sempat melawat MRSM Kulim...di sinilah tempat Matrikulasi 1 USM ku...banyak juga kenangan manis di sini. masuk semula ke kampus USM untuk membeli cenderahati ....kesuntukan masa...capai je mana yang dirasakan patut
Perjalanan pulang dirasakan lambat pula...mungkin disebabkan kepenatan & sudah hilang keterujaan ...maklumlah esok masuk kerja semula. Alhamdulilah selamat sampai kira2 pukul 5 pm.

Score A - Jejak Kasih




25/04/2010 - Program jejak kasih bersambung setelah check-out. Destinasi pertama ialah Naza hotel @ Tanjung Tokong. Berjumpa dengan kawan2 zaujah. Macam tak nak berpisah...terlewat untuk masuk ke kampus USM. Hujan agak lebat pulak tu. Sempat juga masuk kampus untuk bersolat @ Pusat Islam. Sessi fotograpi terpaksa dibatalkan kerana hujan. Lepaskan hajat denagn mengelilingi kampus sebelum terus ke Seberang Perai kawan zaujah. Meneruskan program jejak kasih setelah solat Magrib....destinasi seterusnya @ Kulim. Alhamdulilah selamat sampai dlam pukul 9. Lapar, letih & mengantuk. Dijamu soto jawa Bt Pahat...sodap.... tahap mengantuk tidak dapat dibendung....boleh terlena semasa bersembang....

Score A - Malam Mengapai Bintang, Penang






24/04/2010 - Alhamdulilah perjalanan lancar walaupun terlewat seditik dari jadual keberangkatan awal. Tanpa dirancang berjumpa Bro Rapi sekeluarga di R&R Bkt Gantang. Meneruskan perjalanan bersama hingga selamat sampai ke Equatorial Penang. menerima kunjungan rakan belajar di USM dulu setelah lebih 15 tahun tak berjumpa.
Saat yang dinanti akhirnya tiba...begitu teruja dengan perjalanan keseluruhan majlis. Bangga dengan pencapaian rakan2 biz yang telah berjaya. InsyaAllah aku akan menyusul tidak lama lagi.

Score A - Sibuk




23/04/2010 - Persiapan ke Penang setakat mana yang sempat disebabkan kesibukan tugas hakiki.