Saturday, January 31, 2009

Main air...seronoknya







Anak2 mengambil kesempatan main air selepas basuh kasut sekolah & kereta zaujah. Renew roadtax & shopping @ Angerik & SACC mall. Seperti biasa 'recharge battery' dihujung minggu ...

Friday, January 30, 2009

Januari 2009 hampir melabuhkan tirai...

Pejam celik pejam celik dah sebulan tahun 2009 berlalu...masa berlalu begitu pantas...moga tercapai sasaran matlamat tahun ini...apa2 pun esok cuti...yeee

Thursday, January 29, 2009

Masih lagi cuti...suppliers, partners, customers etc


Banyak urusan tergendala kerana ramai lg yg bercuti....seronok kan..dpt cuti panjang. Hampir sepanjang hari dihabiskan di RMC...ari ni balik cepat untuk aktiviti bersama keluarga setiap malam Jumaat....cuba seboleh mungkin melainkan ada urusan yang tidak dapat dielakkan

Wednesday, January 28, 2009

CNY..cuti...malasnya...


Ni la masalahnya bila 'long weekend' ...malas2 je rasanya nak kerja...tapi bayangkan ada 2 proposal nak kena hantar minggu depan + nak kejar payment...ku gagahkan jua...
p/s: Cari ilham kat mamak bistro

Tuesday, January 27, 2009

Giant vs Tesco


Aku berazam seboleh mungkin untuk tidak berbelanja lagi di hypermarket Tesco... ini antara sumbangan yang termampu dilakukan untuk memberi tekanan kepada Yahudi laknat dan sekutunya....walaupun aku sedar, banyak juga barangan IKS tempatan & bumiputera di jual di sini....itu antara dilema yang mungkin dirasai oleh segenap umat Islam di dunia ini....kerana rangkaian perniagaan Yahudi agak menyeluruh.... walau bagaimanapun kita kena membuat keputusan.... apa yang relevan pada masa ini... satu lagi setakat mana keberkesanan kempen boikot ni ....aku berserah...tapi apa yang penting azam & kesungguhan mesti ada...kejayaan kita serah kepad Allah s.w.t....moga usaha kita dipermudahkan & diredhaiNya....natijahnya aku berbelanja di Giant petang tadi....tapi nak kena selidik juga..siapa pemilik sebenar Giant ni...

Monday, January 26, 2009

Chinese New Year 2009... Year of the Ox







Rancangan awal nak menginap di hotel Istana semalam dua...tapi bilik dah penuh..sbb lambat sikit booking ....gantinya kami ke Midvalley jalan2 & cari buku anak2...tidur semalam kat rumah Puchong (lebih kurang istana gak...istana hinggap...hehe)...kemas apa yang patut...selewat-lewatnya bulan 3 ni nak kena sewakan juga...rugi pulak..bayar yuran penyelengaraan tiap2 bulan....

Sunday, January 25, 2009

Selamat Pengantin Baru....Adi&Intan







Akhirnya bertemu jodoh sepupu kami yang sorang ni dalam usia mencecah 40 tahun .....dulu macam tak kisah je....belum sampai seru agaknya. Kerana terlalu gembira dengan keputusanya...sedara-mara 'all out' menjayakan majlis ...penat & berabis sedikit tak apa...kiranya untung gak kawin lambat2 ni yek...hehe

Saturday, January 24, 2009

Rewang - Walimatulurus & Aqikah











Rewang rumah Pakcik di kampung Budiman, Seksyen U14 S Alam. Seekor lembu & 2 ekor kambing tumbang. Lembu masak rendang & kambing masak kari mamak 'style' + sup meletop....lari diet...

Friday, January 23, 2009

Harga sepinggan nasi pada hari ini...




Selepas habis berurusan dengan bank di Sek 25 @ Sri Muda ....aku pun mencari-cari kedai makan yang bersesuaian. Hajat dihati nak tolong orang melayu...nampak susunatur & kebersihan kedai agak baik. Aku pun bukan jenis yang memilih sangat...walaupun pilihan lauk-pauk 'biasa-biasa' sahaja. Lagipun nak bersiap-siap solat Jumaat hari ini. Aku pun ambil nasi putih, sepotong tongkol goreng, sepotong kecil telur goreng, sayur lemak labu & air suam. Agak terkejut juga bila terima bil..RM6 untuk itu semua...berbaloi tak?...entahlah...mungkin ini antara kesan dari kemelesetan ekonomi yag sedang &akan melanda..bersedialah...
PM - Internal meeting on eBajet project.

Thursday, January 22, 2009

Tender briefing @ BPP Putrajaya




Had lunch w ITD @ Siriwan Thai ....then rushed to Bahagian Pinjaman Perumahan for tender briefing. Based on today briefing + discussion with client&supplier....I think I know what kind of strategy to be used for this tender. Hehe... Looking forward for tender due date...got back home early today...mlm Jumaat la katakan...

Wednesday, January 21, 2009

Keberkatan dalam hidup...

Setelah sekian lama kenal...tapi hari baru dapat menyelami hati budi & berkongsi pengalaman & cerita seorang senior staff RMC ni....kesimpulanya adalah peringatan yang perlu diulang-ulang kerana insan seperti kita fitrahnya mudah lupa...carilah keberkatan dalam hidup....tanpanya hidup ini tiada ertinya...dunia ini bukan milik kita...carilah akhirat yang kekal abadi...Insyaallah selamat dunia & akhirat...

Tuesday, January 20, 2009

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah , Bandar Baru Bangi


Aku tumpang bangga dengan perkembangan pusat rawatan ini...12 tahun lepas semasa anak sulung aku...kecik je pusat rawatan ni...tapi sekarang Alhamdulilah berkembang pesat walaupun terpaksa bersaing dengan satu lagi pusat rawatan islam yg berdekatan....tu yang kadang musykil..kenapa perlu buka di kawasan yang sama....Bangi kan luas....entahlah...adakah ni antara masalah yg membelenggu bangsa kita? Tepuk dada tanya selera..Tapi zaujah lebih selesa berurusan di Az-Zahrah sampai sekarang...alhamdulilah urusan hari ini berjalan lancar

Monday, January 19, 2009

MS Windows Server vs CENTOS


Mana lebih baik? entah la...minta komen kawan2. Hari ni IPS buat training MS Server 2003 for Mindef & CENTOS for MOH....balik lambat skit..sbb esok kena hantar zaujah tukar perisai.....

Sunday, January 18, 2009

Apam gula hangus...







Menghabiskan masa bersama keluarga...gardening , cooking etc....gula terlebih hangus....apam ada skit pahit la...hehe..x leh komplin banyak2 nnt ada yg merajuk...petang ingat nak turun main takraw...nampaknya players masih lagi kepenantan penangan futsal mlm jumaat...tak fit betul depa ni..hehe

Saturday, January 17, 2009

Sakit satu badan penangan futsal...


Penangan futsal mlm sudah baru terasa....skit satu badan. Tapi kena bangun awal gak...anak2 sekolah ganti cuti CNY...sempat curi tido masa zaujah & anak2 gi majlis akikah jiran setaman. Ptg rumah sebelah buat birthday party plak...Happy birthday 2 U Asfa....mlm join mlm mesra BNR & pencalonan untuk RT sesi 2009...

Friday, January 16, 2009

Futsal - Nusarhu FC vs Rantau Panjang FC







Terjumpa sahabat yang dah lebih 14 tahun tak jumpa. Sempat lunch @ Taman Warisan & solat Jumaat @ Mesjid Putra. Sekali lagi solat hajat & qunut nazilah untuk keamanan & keselamatan umat islam di Palestine....hancul lah kau Zionis. Mlm ni lawan futsal kat One Utama. Oponent budak2 muda..fit gila. Main 2 jam pulak tu....confirm kalah cuma tak terkira score...banyak sangat..hehe

Thursday, January 15, 2009

Kick-Off meeting@ JKM, Menara Tun Hussien Onn


Kick-off meeting w JKM for Security Posture Assesment(PSA) project. Alhamdulilah ianya berjalan lancar. Hope can complete on schedule..Balik awal sbb kena ambik anak dr sek agama. Kereta zaujah kehabisan minyak...

Wednesday, January 14, 2009

Brunch @ d'Sandune,RMC




Meeting w Kol's team...Alhamdulilah everything went well...had 'brunch' @ d'Sandune...panjang lak cerita....as usual Kol has so may many things to share. Ptg...ada budak datang interview for sales post. Hancus....x leh pakai....sorry

Tuesday, January 13, 2009

Denggi & Cikungya

Seharian di opis w meeting, discussion etc...w staff & pertners....Mlm ziarah kawan @ Ampang Puteri kerana demam denggi. Pencegahan adalah langkah terbaik...sama2 kita sahut seruan ...10 minit setiap hujung minggu utk memastikan tiada air bertakung di sekitar rumah anda...tiada aedes tiada denggi....selamat menyumbang.

Monday, January 12, 2009

Hipokrasi di sana sini.....

Itulah antara warna warni kehidupan...barulah mencabar kehidupan ini...ye ke? Tak pe la demi kelangsungan hidup di dunia fana ini...hadapilah dengan sabar... mungkin dengan ini akan menambah kematangan diri dalam menempuh hari2 yang mendatang..selamat maju jaya utk semua...

Sunday, January 11, 2009

Hujung minggu...masa bersama keluarga











Tak banyak aktiviti luar ari ni...tolong zaujah masak ari ni...ikan mayong masak kicap & sambal tumis lada hidup....habis licin...ptg dlm pkl 3 sempat singgah rumah bos punya kenduri kesyukuran..sempena kejayaan anak2nya..yg sulung dpt 8A PMR, 5A utk UPSR anak kedua & no 1 utk anak ke-3...wah... hebat2...tahniah. ..lewat ptg layan anak2 main depan rumah...then join kawan2 setaman main takraw...sempat gak 2 set b4 Maghrib...mlm layan Astro Ria...Mawi&Ekin ...hehe..terkenang zaman dulu2

Saturday, January 10, 2009

Daylight...Deep sleep...

Lama x merasa nikmat tido siang yg lama lg mengasikkan....hilang masalah berat kepala yg dihidapi sejak 3 hari lepas....

Friday, January 9, 2009

Hancur Zionis...hancur..hancur







Seluruh negara hari ini mendirikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan, keselamatan & keamanan Palestin...sebaliknya mendoakan kehancuran Rejim Zionis...Doa adalah senjata yg paling ampuh sebenarnya ...disamping itu mari menyumbang setakat mana yang mampu....

Thursday, January 8, 2009

Uncle 'K" Kopitiam @ SACC Mall




Alhamdulillah ...selesai sebahagian besar masalah yag telah lama tertangguh....komunikasi memainkan peranan...rupanya salesman masih diperlukan untuk menyelesaikan sebahagian masalah berkenaan teknikal....makanpun lambat ari ni....had my late lunch at Uncle K Kopitiam @ SACC....Sebenarnya masih lagi tercari2 ada tak keja @ business yang kita bole buat sorang2 tapi cukup untuk meneruskan kehidupan.....moga Allah berikan ilham & dipermudahkan...


p/s: Azzah dah mengantuk sangat....nak 'ngempeng'...

Wednesday, January 7, 2009

Bukan senang nak senang...

Adat berniaga...mesti ada untung rugi...tapi kalau ditipu sapa yg tak bengang...banyak sgt 'business opportunities' yg x genuine...walaupun proposal mmg solid & munasabah.....tapi banyak sgt muslihat yang tersembunyi....dugaannn...moga aku lebih berhati2 dimasa depan..

Tuesday, January 6, 2009

Bila nak pencen yek?

Selalu terbayang kalaulah bole pencen awal dengan simpanan yang makan tak abis....bayangan ni muncul terutamanya bila staff/supplier/partner tak perform....kita yang kena jawab.... Hari ni letih buat 'damage control'....

Monday, January 5, 2009

2009 - back 2 school & work




5/1/2009 - Anak2 bersemangat untuk memulakan penggal baru persekolahan...Aqilah & Iddin jadi pengawas tahun ni...kena la make sure x lambat ....Ingatkan seperti biasa hari pertama adalah hari utk membayar apa2 yuran yg patut....sampai ke kelas rupa2nya depa dah start belajar mcm biasa ...katanya tempoh bertenang untuk pembayaran yuran sehingga bulan 6 tahun ni...Kementerian akan maklum kemudian...tapi kalau x yah bayo yuran pun bagus juga...hehe. Aku pulak..ni hari pertama berkerja utk 2009. InsyaAllah aku nak jadi lebih produktif & suksess....amin. Last appoinment ari ni kat Putrajaya...

Cuti sekolah 2008 dah berakhir...

4/1/2009 - Sempat berkebun sebelum balik Shah Alam. Tanam serai & pisang...tuai hasil bercucuk tanam sebelum ni...setandan pisang nipah@kapok , setandan pisang lemak manis & sberkas serai....bertolak balik dlm pkl 11.30am...Alhamdulilah perjalanan lancar. Singgah kat R&R Seremban utk lunch (bontrot nasi lemak ibu)& solat.

Sunday, January 4, 2009

Satay @ Bukit Gambir














































3/1/2009 - Ibu belanja satay mlm ni (gerai depan Petronas petrol station)... dimeriahkan lagi dengan sambutan ulangtahun anak dara Paman Moh @ Pak Su....Happay Birthdat to Hida aku boleh confirm satay kat sini lagi sedap dr satay Kajang..hehe...

Balik Muar

2/1/2009 - Pagi g pasar pagi ..beli stock utk seminggu. Bawa ibu utk beli ole2 utk balik Muar. Sempat betulkan basikal sebelum solat Jumaat. Dlm pkl 3 bertolak ke Muar. Singgah Puchong jap ambil benih cacing. Alhamdulilah perjalanan lancar...risau gak cacing2 tu kepanasan..

Thursday, January 1, 2009

01-01-09....Monterez, Xtreme park & Big Plate











Hari pertama tahun baru 2009 dimulakan dengan xtvt berenang di club...then bayar yuran & buku sekolah agama anak2....terus ke Sek 13 Shah Alam untuk makan tghari d Pizza Hut....balik tido...petang register Tadika Aliyyah. Nak tengok cacing kat Kg Budiman tapi x de orangnya...singgah tengok projek keli pulak....rushing for magrib prayer...berjemaah dgn anak2 & baca yasin....diner @ Big Plate, Subang Permai....pekena 'Kambing Banting ' kekenyangan....mlm ni kena bakar kalori ni...hehe