Selepas habis berurusan dengan bank di Sek 25 @ Sri Muda ....aku pun mencari-cari kedai makan yang bersesuaian. Hajat dihati nak tolong orang melayu...nampak susunatur & kebersihan kedai agak baik. Aku pun bukan jenis yang memilih sangat...walaupun pilihan lauk-pauk 'biasa-biasa' sahaja. Lagipun nak bersiap-siap solat Jumaat hari ini. Aku pun ambil nasi putih, sepotong tongkol goreng, sepotong kecil telur goreng, sayur lemak labu & air suam. Agak terkejut juga bila terima bil..RM6 untuk itu semua...berbaloi tak?...entahlah...mungkin ini antara kesan dari kemelesetan ekonomi yag sedang &akan melanda..bersedialah...
PM - Internal meeting on eBajet project.
No comments:
Post a Comment