Sunday, November 29, 2009

Salam Idul Adha 1430H/2009
















Seruan takbir & talbiah benar2 mengusik kalbu. Moga dijemput Allah sebagai tetamu haji dalam masa-masa yang terdekat ini. Sempat 'rewang' korban di kg zaujah... very efficient...9am sharp sekor lembu selamat dikorbankan (as per planned). Plk 11am siap membahagi-bahagi daging korban dari 4 ekor lembu yang dikorbankan. Budaya kerja yang boleh dicontohi..menepati masa & cekap.

Saturday, November 21, 2009

Mini Convo @ Tadika Suria Perdana , U10





Alhamdulilah Alia dapat anugerah sempena mini konvo di tadikanya. Pelajar terbaik kelasnya & 3 matapelajaran mendapat 100%. Semuga kecermelangan dapat diteruskan..amin

Friday, November 20, 2009

Bandar Maharani @ Muar....Tanjung Emas









Bagi yang dah lama tak balik Muar.... nikmatilah sebahagian panoraman di Tg Emas...


p/s: Gambar2 ini mengingatkan aku akan tragedi di kilometer 246 PLUS highway pada petang 17/11/09..

Hari Anugerah Kecermelangan Sekolah KAFA Integrasi, Sek U14.



19/11/2009 - Alhamdulilah Aqilah mendapat 4 anugerah untuk sekolah agama. Kesian tengok Izzudin semacam menyesal kerana tak belajar bersungguh2. Tak satu hadiah pun yg dia perolehi untuk sekolah agama. Motivation talk @ leteran untuk dia...semuga dia lebih bersungguh untuk tahun hadapan.

Wednesday, November 18, 2009

Sekolah Kebangsaan Meru (2) - Hari penyampaian hadiah




18/11/2009 - Dalam kedukaan adanya kegembiraan. Meraikan anak2 dalam majlis penyampaian hadiah tahunan. Alhamdulilah Aqilah mendapat Pelajar terbaik keseluruhan, Pelajar terbaik dalam kelas, Terbaik Sains & Kajian Tempatan. Izzuddin hanya dapat satu tahun ini terbaik Bahasa Inggeris (100%). Ni la sebab malas belajar...mungkin budak lelaki lambat sikit matang...Moga mereka dapat meneruskan kecermelangan..aminn..

Tragedi 17 Nov....


17/11/2009 - Bak kata orang malang tak berbau....terlibat dengan kemalangan di KM246 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke KL kira-kira 2km dari hentian tepi Senawang semasa hujan lebat kira-kira dalam pukul 4.30 ptg. Tiba-tiba kereta hilang kawalan, setereng terasa ringan bagaikan kereta sudah terbang. Dalam keadaan kereta berpusing2 kami berlanggar dengan sebuah kereta Iswara. Nasib kami baik kerana kereta/kenderaan dibelakang kami sempat mengelak.
Alhamdulilah tiada kecederaan kepada keluarga & penumpang kereta yang satu lagi. Kedua-dua kereta mengalami kerosakan yang agak teruk, terpaksa ditunda ke bengkel yang berhampiran.
Pengajaran yang boleh dikongsi, sebaik-baiknya sekiranya hujan lebat carilah tempat berhenti yang selamat seperti Hentian tepi atau R&R...hujan yang turun pasti akan berhenti...bersabar & berhati2 dijalanraya.

p/s: Tragedi berlaku sekembali kami dari ziarah besan mak di hospital Muar. Tidak sampai hati nak ambik gambar kereta....moga trauma tidak berpanjangan.

Sunday, November 15, 2009

Kick-off meeting for BPP project





11/11/09 - Bersama rakan perniagaan bermain golf di Monterez. Game x berapa baik walaupun dapat 2 par & missed 1 birdie
13/11/09 - Dengan keberkatan hari Jumaat, Alhamdulilah kick-off meeting projek RFID BPP berjalan lancar. Mesyuarat susulan untuk perlaksanaan projek akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini.
Weekend - Sabtu pagi kena layan Lia & Azzah, zaujah g meeting reunion SKSB. Petang ziarah sahabat yang baru dapat baby,ahamdulilah akhirnya dapat anak perempuan setelah 2 lelaki yang sebelumnya. Ahad ada 'kondangan' @ Kapar. Kawan zaujah 'nyunati' ...meriah la depa dpt jumpa kawan2 lama. Ptg & mlm buat tender kat pejabat... bila la boleh pencen? hehe

Monday, November 9, 2009

09 11 09 - LOA Bahagian Pinjaman Perumahan


Alhamdulilah yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Boleh menarik nafas sebentar. Menandatangi Surat Setuju Terima di Bahagian Pinjaman Perumahan , Putrajaya.

Sunday, November 8, 2009

Upin & Ipin @ Tesco Setia Alam




Sabtu
AM- Menunaikan hajat anak2 'berkubang'...Aqilah&Iddin dah habis peperiksaan akhir tahu..so bagi depa 'enjoy' sat...
PM - Service kereta, minyak enjin dah overdue more than 2,000 km. Selain tu bila bawa lebih 70kmph ada bunyi skit...rupa2nya bila cek ianya disebabkan lebihan plastik kat body kereta je..
Malam g wedding reception @ Bora Ombak, Ampang. Jumpa ramai gak x-staff Solsis

Ahad
AM - basuh kereta & cuci tandas
PM - Jadi baby sitter, zaujah ada mesyuarat reunion sekolah dia. Bawa akan2 ke Tesco Setia Alam...rupa2nya ada roadshow Upin&Ipin...tapi dah terlambat....dpt ambik gambo kat stage je la..

Sunday, November 1, 2009

Permata Hijrah @ ALAMANDA




Atas cadangan zaujah hari Sabtu ke Alamanda Putrajaya semata-mata nak nak mencuba produk Permata Hijrah. Izuddin mengadu pengelihatan dia sedikit kabur, mungkin Permata Hijrah boleh membantu kerana 'power' mata dia belum melebihi 100...
Pencarian ilmu diteruskan...kali ni berkaitan forex...biasala la iklan kat internet mcm hebat... ada teknik yang berkesan utk masuk market bla.bla .... tapi kesimpulanya tiada yg mudah dalam hidup ini..kena tingkatkan ilmu &kemahiran lagi kalau nak main forex ni.