Wednesday, November 18, 2009
Tragedi 17 Nov....
17/11/2009 - Bak kata orang malang tak berbau....terlibat dengan kemalangan di KM246 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke KL kira-kira 2km dari hentian tepi Senawang semasa hujan lebat kira-kira dalam pukul 4.30 ptg. Tiba-tiba kereta hilang kawalan, setereng terasa ringan bagaikan kereta sudah terbang. Dalam keadaan kereta berpusing2 kami berlanggar dengan sebuah kereta Iswara. Nasib kami baik kerana kereta/kenderaan dibelakang kami sempat mengelak.
Alhamdulilah tiada kecederaan kepada keluarga & penumpang kereta yang satu lagi. Kedua-dua kereta mengalami kerosakan yang agak teruk, terpaksa ditunda ke bengkel yang berhampiran.
Pengajaran yang boleh dikongsi, sebaik-baiknya sekiranya hujan lebat carilah tempat berhenti yang selamat seperti Hentian tepi atau R&R...hujan yang turun pasti akan berhenti...bersabar & berhati2 dijalanraya.
p/s: Tragedi berlaku sekembali kami dari ziarah besan mak di hospital Muar. Tidak sampai hati nak ambik gambar kereta....moga trauma tidak berpanjangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment