Friday, December 25, 2009

Sri Teratai Apartment, Bandar Puchong Jaya


Alhamdulilah 95% hampir siap. InsyaAllah dalam masa yg terdekat boleh ambik gambar & iklankan untuk mencari penyewa.

Kampung Ku


18/12/2009 - Balik kampung Muar selepas solat Jumaat. Hujan selebat-lebatnya bermula dari exit Puchong..pobia kereta berpusing masih lagi menghantui diri. Akhirnya berhenti di R&R Dengkil menanti hujan reda.
Alhamdulilah selepas solat Asar hujan semakin reda & kami meneruskan perjalanan. Sepanjang jalan masih lagi hujan. Tedapat kemalangan didepan R&R Seremban melibatkan 3 kereta & satu bas. Makin la terganggu perasaan ini ... meneruskan perjalanan dengan berhati2..80-90 kmph je..sudahnya sampai ke rumah kakak dalam pkl 7.30 mlm.
Atas cadangan ibu dan adik beradik kami buat sedikit tahlil & doa selamat/kesyukuran pada hari Sabtu. Menu utama ayam panggang
Seronok & tenang sepanjang percutian dikampung..alhamdulilah

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431..


Bersama menghayati pengertian hijrah Rasullulah lebih 1400 tahun yang lalu. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Bacaan doa akhir & awal tahu terpaksa dilakukan sendirian kerana urusan kereta di Senawang melepasi masa jangkaan.

17/12/2009 - Genap sebulan kereta d workshop


Salam takziah kepada MD dengan pemergian ke rahmatullah mak mertuanya di Sek 3 Shah Alam. Alhamdulilah sempat ziarah & menyembahyangkan jenazah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Sebagai peringatan kepada diri sendiri.
Genap sebulan kereta tersadai di workshop. Tiba harinya untuk berasksi semula. Sejak semalam diberi kepastian oleh workshop yang kereta sudah siap. Tapi agak mengecewakan ada beberapa perkara yang tidak sempurna. Adakah semua ini membenarkan segala spekulasi yang didengar. Terpaksa menunggu lagi untuk membuat 'touch-up'.

Sunday, December 13, 2009

Another long weekend in Dec 2009..


11/12/09 - Cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor. Sambung projek mengecat apartment yang dah lama tergendala. Alhamdulilah dah 90% siap.
12/12/09 - Pagi sambung mengecat. Balik Nusarhu dlm plk 1.30pm. Lepas solat...tidur....dah lama tak tidur siang yang panjang...alhamdulilah nikmatnya..
13/12/09 - Menghadiri reunion sekolah zaujah....setelah 25 tahun meninggalkan alam sekolah rendah..tumpang seronok je

Monday, December 7, 2009

07 12 09 ... genap 20 hari kereta tersadai




Sudah genap 20 hari tanpa Perdana yang telah banyak berjasa. Memang menyulitkan nak buat 'sale' tanpa kereta. Ambil kesempatan 'lunch time' untuk menjengah kereta di Senawang. Alhamdulilah nampak ada 'progress', katanya tinggal gosok, simen & cat sahaja. Itu pun akan ambil masa 1 minggu lebih lagi. Harap2 sempat siap sebelum cuti awal Muharam. Hajatnya nak balik kampung untuk bertemu ibu tersayang & adik-beradik ...dan juga baru nak beritahu ibu tentang kemalangan yang berlaku. Keputusan telah diambil , akan hanya balik kampung & beritahu ibu setelah semuanya kembali seperti biasa atas niat untuk tidak merungsingkan perasaan ibu.

Sunday, December 6, 2009

Musim kondangan datang lagi...





Sabtu - Jamuan kesyukuran di rumah Pak Sedara @ Paman Idris embah Hj Taib@Ahmad kat Sek 7 , Shah Alam. Dapat jumpa kawan lama , Hatta & Anang disamping sedara mara yang lain.
Ahad - Hantar zaujah sambung shopping kat Std Malawati...Metrojaya Sale. Tak sanggup nak join, ramainya orang, baik jaga anak2 lg bagus. Tengahgari gi kondangan kat Kelang. Mengelat kali ni, tak tolong rewang pun...pun tak ada jemputan khas sbg 'kendarat'..hehe