Monday, December 7, 2009
07 12 09 ... genap 20 hari kereta tersadai
Sudah genap 20 hari tanpa Perdana yang telah banyak berjasa. Memang menyulitkan nak buat 'sale' tanpa kereta. Ambil kesempatan 'lunch time' untuk menjengah kereta di Senawang. Alhamdulilah nampak ada 'progress', katanya tinggal gosok, simen & cat sahaja. Itu pun akan ambil masa 1 minggu lebih lagi. Harap2 sempat siap sebelum cuti awal Muharam. Hajatnya nak balik kampung untuk bertemu ibu tersayang & adik-beradik ...dan juga baru nak beritahu ibu tentang kemalangan yang berlaku. Keputusan telah diambil , akan hanya balik kampung & beritahu ibu setelah semuanya kembali seperti biasa atas niat untuk tidak merungsingkan perasaan ibu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment