Sunday, January 31, 2010

Kondangan nyunati @ Jln Belimbing Meru






Trim pokon depan rumah, basuh kereta & tanam pokon jambu air depan rumah. Tengahari ke jemputan kendiri kesyukuran anak kawan zaujah. Berilah dia peluang jumpa kawan2 sekolah. Petang ke pesta buku MPH @ Std Malawati. Indah khabar dari rupa. Tak banyak pilihan. Alia & Azzah suka kerana maskot Upin & Ippin ada pada masa tu. Beli sehelai sorang t-shirt Upin &Ippin untuk Azzah & Alia. Kegembiraan anak2 adalah kegembiraan kita jua...

Saturday, January 30, 2010

NDO SCORE A





Tak kenal maka tak cinta. Tanggal 30hb Januari 2010 aku menghadiri New Distributor Orientation (NDO) Score A yang bertempat di auditorium Muzium Negara. Program ini dianjurkan olek syarikat/kumpulan ZRB Resources yang diterajui oleh En Aziz. Kehadiran hari ini hampir mencecah 400 peserta. Sepanjang program sebutan Subhanaullah, Alhamdulilah & Allahhuakbar sentiasa meniti dibibir En Aziz. Bagaikan majlis takzirah pula dibuatnya walaupun program hari tersebut lebih kepada program ekonomi. Semangat keislaman & kemelayuan beliau amat tinggi. Rasanya aku telah berjumpa dengan apa yang ku cari selama ini & InsyaAllah akan ku usahakan dengan bersungguh2 dengan bimbingan kumpulan ini. Ya Allah permudahkanlah segala urusan aku & berilah aku kejayaan dunia & akhirat.

Thursday, January 28, 2010

Stroke.... beringat sebelum kena..



Mendapat khabar kematian sahabat yang disebabkan serangan mengejut 'stroke'...umurnya baru 40an & sudah bebarapa kes yang hampir sama berlaku dikalangan sahabat. Jaga permakanan, bersenam & jangan lupa berdoa. Kerana ada sesetengah pendapat penyakit ini disebabkan oleh jin.
Selepas mesyuarat di BPP terus ke MOH untuk ambil sebutharga. Nampaknya masalah 'parking' di Parcel E masih lagi berlanjutan.hampir bergesel dengan kereta yang diletak terlalu hampir antara satu sama lain.
Malam ke BTS utk Score A walaupun prospek tak jadi datang. Keyakinan bertambah...akan diusahakan bersungguh2 ..selain untuk pembelajaran anak2 ..semuga boleh menmbah pendapatan sampingan.

Wednesday, January 27, 2010

S3 by SCAN Associates


Tahniah kepada sahabat2 di SCAN kerana menghasilkan produk berinovasi dengan menggunakan kepakaran tempatan. IPS bila lagi?

p/s: Untuk maklumat lanjut sila layari www.s3.scan-associates.net

Tuesday, January 26, 2010

IBM ASEAN Conference 2010 @ Shangrila KL


IBM conference @ Shang Hotel -> Menara Sentul -> Office w PB Unit Trust -> Pelita Plaza Masalam w KPDN & TM

Sunday, January 24, 2010

Sukma XIII Melaka Challenge 2010


1st time masuk monthly medal Monterez GC. Nervous skit...score x berapa bagus tapi berkeyakinan boleh buat yang lebih baik untuk kejohanan bulan depan. InsyaAllah. Petang ke kelab lagi melayan Alia & Azzah berenang walaupun letih tak hilang lagi.

Saturday, January 23, 2010

Exora vs Alza



Aqilah & Iddin ada kursus kepimpinan Pengawas sekolah dari pkl 8-4.30ptg. Cuci kandang Didy & Niny, cucu kipas & Aircond. Ke Tesco belanja dapur skit. Terlupa hari ni hari sabtu..hari tanpa plastik beg. Kalau nak juga plastik beg, 20 sen satu.
Sempat tengok2 Exora ..zaujah dah terpikat...hehe... tengokla dulu...tengah buat perbandingan MPV2 yang lain...

Thursday, January 21, 2010

Yang ditunggu tak muncul2...


Bagi menunggu buah yang tak gugur2....

Wednesday, January 20, 2010

Monsun Cup @ Tasik UPNM !!!


Melawat tapak cadangan projek kapal layar mini untuk pelajar RMC @ Tasik UPNM, Kem Sg Besi. InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. Pencarian kayau yang sesuai masih lagi dilakukan...kayu Jelotung salah satu pilihan.

Tuesday, January 19, 2010

IBM Business Partner Conference 2010 @ Grand Dorsett Subang


Hujan pagi, traffic jem. Elite highway KLIA-KL ekornya sampai ke exit Pucong. Tender briefing @ Bomba HQ Putrajaya, punya la ramai yang datang...maklumlah kek makin kecil..semut bertambah ramai...cuba & tawakal je la..
IBM conference pun ramai yang datang, parking pun penuh. Lepas jumpa partners, kawan2 etc masuk sekejap Trek Session...DB2 vs Oracle, Cognos bla..bla..Lps tea-break cabut blik opis. Sudah ada kerja2 opis yang menunggu & dengarnya ada 'good news'...tungguuuu...hehe

Monday, January 18, 2010

Sahabat baru...


Alhamdulilah dapat menyiapkan tender UiTM 'on-time'... seharian suntuk menghabiskan masa di pejabat untuk menyelesaikan apa2 'paperworks' yang perlu. Esok penuh dengan urusan luar pejabat..taklimat tender @ BOMBA Putrajaya & IBM function @ Dorsett Subang.
Sempat practice 'chipping & putting' @ Monterez sebagai persediaan untuk Monthly Medal Ahad ni. Alhamdulilah dapat tambah sorang lagi kawan hari ni namanya Tn Hj Razif. Lepas ni senang la nak cari kawan ngeteh & golf..opis pun dekat Sek 13 gak.

Sunday, January 17, 2010

Mana anakku?...



Hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga. Sabtu pagi menghadiri Program Bicara Akademik UPSR 2010. Alhamdulilah nampaknya guru besar begitu perihatin dengan kejayaan anak murid walaupun terdapat kekangan keewangan. Petang menunaikan hajat Alia & Azzah untuk mandi di Monterez. Sempat beli pasu & tanah untuk zaujah dalam perjalanan ke Monterez.

Beli sarapan, basuh kereta, basuh bilik air & tolong zaujah di 'taman' nya sepanjang pagi Ahad. Dah berjanji dengan anak2 nak ke taman mini arnab di Giant S Alam. Nak dijadikan cerita lepas makan tengahari Alia&Azah 'hilang' di kawasan permainan Giant Sec 13 disebabkan sedikit kelalaian Aqilah & juga zaujah. berderau gak darah..sebab 2-3 kali pusing cari tapi tak jumpa.
Alhamdulilah akhirnya jumpa di kaunter khidmat pelanggan.

Tension hilang bila melihat arnab2 yang comel. Walaupun tidak dalam belanjawan Januari 2010, akhirnya sepasang arnab berserta accessori berkaitan menjadi milik kami tengahari tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di muka anak2, kehilangan Barney si kucing parsi diganti dengan Didy & Niny sepasang anak arnab yang comel.

Petang buat tender dipejabat sehingga pukul 9.15mlm.

Thursday, January 14, 2010

Turun & naik...





Entah kenapa hari ni mood tak berapa baik.... keluar awal pun kena traffic jam yg teruk...hari ni cuba lalu Setia Alam....jauhnya 25km + tol terlupa nak tengok (maklumla guna smartTag) & sampai opos dlm 7.50am..not bad...adakah ni pilihan terbaik?...tengoklah...

p/s: Terapi 'sunrise'..cantik permandangan pagi sepanjang jalan di Setia Alam...jalanya betul2 menghadap matahari naik..Subhaanallah... cantiknya..

Tuesday, January 12, 2010

Pergi tak kembali...


Menerima perkhabaran kematian sahabat yang baru berumur 35tahun...asbab kematian serangan asma. Cepat betul Allah memanggil menemuiNya...bilakah pula giliran ku....sudah bersediakah? Persoalan yang agak sukar untuk dijawab...tepuk dada tanya iman...

Monday, January 11, 2010

11 01 10 ...


Hari yang begitu prduktif tapi memenatkan. Alhamdulilah segala perancangan & perlaksanaan berjalan dengan baik. Lowyat , meeting w Kemayan @ Mindef & meeting w partner for Task Mgmt Module(TAM) project.

Sunday, January 10, 2010

10 1 10 ....1/3 sudah berlalu


Salam Tahun Baru 2010....rasanya baru je tak update blog...rupa-rupanya dah 15 hari tak update. Semuga 2010 akan memberikan kejayaan...usaha tangga jaya..