Sunday, January 17, 2010

Mana anakku?...



Hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga. Sabtu pagi menghadiri Program Bicara Akademik UPSR 2010. Alhamdulilah nampaknya guru besar begitu perihatin dengan kejayaan anak murid walaupun terdapat kekangan keewangan. Petang menunaikan hajat Alia & Azzah untuk mandi di Monterez. Sempat beli pasu & tanah untuk zaujah dalam perjalanan ke Monterez.

Beli sarapan, basuh kereta, basuh bilik air & tolong zaujah di 'taman' nya sepanjang pagi Ahad. Dah berjanji dengan anak2 nak ke taman mini arnab di Giant S Alam. Nak dijadikan cerita lepas makan tengahari Alia&Azah 'hilang' di kawasan permainan Giant Sec 13 disebabkan sedikit kelalaian Aqilah & juga zaujah. berderau gak darah..sebab 2-3 kali pusing cari tapi tak jumpa.
Alhamdulilah akhirnya jumpa di kaunter khidmat pelanggan.

Tension hilang bila melihat arnab2 yang comel. Walaupun tidak dalam belanjawan Januari 2010, akhirnya sepasang arnab berserta accessori berkaitan menjadi milik kami tengahari tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di muka anak2, kehilangan Barney si kucing parsi diganti dengan Didy & Niny sepasang anak arnab yang comel.

Petang buat tender dipejabat sehingga pukul 9.15mlm.

No comments: