Tuesday, January 19, 2010

IBM Business Partner Conference 2010 @ Grand Dorsett Subang


Hujan pagi, traffic jem. Elite highway KLIA-KL ekornya sampai ke exit Pucong. Tender briefing @ Bomba HQ Putrajaya, punya la ramai yang datang...maklumlah kek makin kecil..semut bertambah ramai...cuba & tawakal je la..
IBM conference pun ramai yang datang, parking pun penuh. Lepas jumpa partners, kawan2 etc masuk sekejap Trek Session...DB2 vs Oracle, Cognos bla..bla..Lps tea-break cabut blik opis. Sudah ada kerja2 opis yang menunggu & dengarnya ada 'good news'...tungguuuu...hehe

Monday, January 18, 2010

Sahabat baru...


Alhamdulilah dapat menyiapkan tender UiTM 'on-time'... seharian suntuk menghabiskan masa di pejabat untuk menyelesaikan apa2 'paperworks' yang perlu. Esok penuh dengan urusan luar pejabat..taklimat tender @ BOMBA Putrajaya & IBM function @ Dorsett Subang.
Sempat practice 'chipping & putting' @ Monterez sebagai persediaan untuk Monthly Medal Ahad ni. Alhamdulilah dapat tambah sorang lagi kawan hari ni namanya Tn Hj Razif. Lepas ni senang la nak cari kawan ngeteh & golf..opis pun dekat Sek 13 gak.

Sunday, January 17, 2010

Mana anakku?...



Hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga. Sabtu pagi menghadiri Program Bicara Akademik UPSR 2010. Alhamdulilah nampaknya guru besar begitu perihatin dengan kejayaan anak murid walaupun terdapat kekangan keewangan. Petang menunaikan hajat Alia & Azzah untuk mandi di Monterez. Sempat beli pasu & tanah untuk zaujah dalam perjalanan ke Monterez.

Beli sarapan, basuh kereta, basuh bilik air & tolong zaujah di 'taman' nya sepanjang pagi Ahad. Dah berjanji dengan anak2 nak ke taman mini arnab di Giant S Alam. Nak dijadikan cerita lepas makan tengahari Alia&Azah 'hilang' di kawasan permainan Giant Sec 13 disebabkan sedikit kelalaian Aqilah & juga zaujah. berderau gak darah..sebab 2-3 kali pusing cari tapi tak jumpa.
Alhamdulilah akhirnya jumpa di kaunter khidmat pelanggan.

Tension hilang bila melihat arnab2 yang comel. Walaupun tidak dalam belanjawan Januari 2010, akhirnya sepasang arnab berserta accessori berkaitan menjadi milik kami tengahari tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di muka anak2, kehilangan Barney si kucing parsi diganti dengan Didy & Niny sepasang anak arnab yang comel.

Petang buat tender dipejabat sehingga pukul 9.15mlm.

Thursday, January 14, 2010

Turun & naik...





Entah kenapa hari ni mood tak berapa baik.... keluar awal pun kena traffic jam yg teruk...hari ni cuba lalu Setia Alam....jauhnya 25km + tol terlupa nak tengok (maklumla guna smartTag) & sampai opos dlm 7.50am..not bad...adakah ni pilihan terbaik?...tengoklah...

p/s: Terapi 'sunrise'..cantik permandangan pagi sepanjang jalan di Setia Alam...jalanya betul2 menghadap matahari naik..Subhaanallah... cantiknya..

Tuesday, January 12, 2010

Pergi tak kembali...


Menerima perkhabaran kematian sahabat yang baru berumur 35tahun...asbab kematian serangan asma. Cepat betul Allah memanggil menemuiNya...bilakah pula giliran ku....sudah bersediakah? Persoalan yang agak sukar untuk dijawab...tepuk dada tanya iman...

Monday, January 11, 2010

11 01 10 ...


Hari yang begitu prduktif tapi memenatkan. Alhamdulilah segala perancangan & perlaksanaan berjalan dengan baik. Lowyat , meeting w Kemayan @ Mindef & meeting w partner for Task Mgmt Module(TAM) project.

Sunday, January 10, 2010

10 1 10 ....1/3 sudah berlalu


Salam Tahun Baru 2010....rasanya baru je tak update blog...rupa-rupanya dah 15 hari tak update. Semuga 2010 akan memberikan kejayaan...usaha tangga jaya..