Seruan takbir & talbiah benar2 mengusik kalbu. Moga dijemput Allah sebagai tetamu haji dalam masa-masa yang terdekat ini. Sempat 'rewang' korban di kg zaujah... very efficient...9am sharp sekor lembu selamat dikorbankan (as per planned). Plk 11am siap membahagi-bahagi daging korban dari 4 ekor lembu yang dikorbankan. Budaya kerja yang boleh dicontohi..menepati masa & cekap.
Sunday, November 29, 2009
Salam Idul Adha 1430H/2009
Seruan takbir & talbiah benar2 mengusik kalbu. Moga dijemput Allah sebagai tetamu haji dalam masa-masa yang terdekat ini. Sempat 'rewang' korban di kg zaujah... very efficient...9am sharp sekor lembu selamat dikorbankan (as per planned). Plk 11am siap membahagi-bahagi daging korban dari 4 ekor lembu yang dikorbankan. Budaya kerja yang boleh dicontohi..menepati masa & cekap.
Saturday, November 21, 2009
Mini Convo @ Tadika Suria Perdana , U10
Friday, November 20, 2009
Bandar Maharani @ Muar....Tanjung Emas
Hari Anugerah Kecermelangan Sekolah KAFA Integrasi, Sek U14.
Wednesday, November 18, 2009
Sekolah Kebangsaan Meru (2) - Hari penyampaian hadiah
18/11/2009 - Dalam kedukaan adanya kegembiraan. Meraikan anak2 dalam majlis penyampaian hadiah tahunan. Alhamdulilah Aqilah mendapat Pelajar terbaik keseluruhan, Pelajar terbaik dalam kelas, Terbaik Sains & Kajian Tempatan. Izzuddin hanya dapat satu tahun ini terbaik Bahasa Inggeris (100%). Ni la sebab malas belajar...mungkin budak lelaki lambat sikit matang...Moga mereka dapat meneruskan kecermelangan..aminn..
Tragedi 17 Nov....

17/11/2009 - Bak kata orang malang tak berbau....terlibat dengan kemalangan di KM246 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke KL kira-kira 2km dari hentian tepi Senawang semasa hujan lebat kira-kira dalam pukul 4.30 ptg. Tiba-tiba kereta hilang kawalan, setereng terasa ringan bagaikan kereta sudah terbang. Dalam keadaan kereta berpusing2 kami berlanggar dengan sebuah kereta Iswara. Nasib kami baik kerana kereta/kenderaan dibelakang kami sempat mengelak.
Alhamdulilah tiada kecederaan kepada keluarga & penumpang kereta yang satu lagi. Kedua-dua kereta mengalami kerosakan yang agak teruk, terpaksa ditunda ke bengkel yang berhampiran.
Pengajaran yang boleh dikongsi, sebaik-baiknya sekiranya hujan lebat carilah tempat berhenti yang selamat seperti Hentian tepi atau R&R...hujan yang turun pasti akan berhenti...bersabar & berhati2 dijalanraya.
p/s: Tragedi berlaku sekembali kami dari ziarah besan mak di hospital Muar. Tidak sampai hati nak ambik gambar kereta....moga trauma tidak berpanjangan.
Sunday, November 15, 2009
Kick-off meeting for BPP project




11/11/09 - Bersama rakan perniagaan bermain golf di Monterez. Game x berapa baik walaupun dapat 2 par & missed 1 birdie
13/11/09 - Dengan keberkatan hari Jumaat, Alhamdulilah kick-off meeting projek RFID BPP berjalan lancar. Mesyuarat susulan untuk perlaksanaan projek akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini.
Weekend - Sabtu pagi kena layan Lia & Azzah, zaujah g meeting reunion SKSB. Petang ziarah sahabat yang baru dapat baby,ahamdulilah akhirnya dapat anak perempuan setelah 2 lelaki yang sebelumnya. Ahad ada 'kondangan' @ Kapar. Kawan zaujah 'nyunati' ...meriah la depa dpt jumpa kawan2 lama. Ptg & mlm buat tender kat pejabat... bila la boleh pencen? hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)








