Tuesday, March 2, 2010

Score A - Senang aje..Langkah 1 , Langkah 2 & Duplikasi


02/03/2010 - Alhamdulilah nampaknya proses duplikasi sedang berjalan. Nampaknya ianya lebih pantas & hebat dari yang dijangkakan. Seperti yang selalu dipesan...bukan kita yang hebat tapi program & sistem SAP yang hebat...InsyaAllah kalau berusaha .... Allah akan tunjukkan jalan.
Menghadiri IBM Conference & Expo @ Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara. Masa untuk mengeratkan silaturahim dengan sahabat2 IBM. Nanti senang skit nak minta good price...hehe

Monday, March 1, 2010

Score A - Alhamdulillah 1 eMax & 1 eE


01/03/10 - Permulaan yang baik untuk bulan March ni. Dua Biz Partner baru untuk hari ini eMax dan eE. Alhamdulillah.. semuga kecermelangan dapat diteruskan. Nampaknya kedua-duanya agak agressif. Proses duplikasi sedang berjalan...InsyaAllah boleh cepat mencapat sasaran. Ya Allah permudahkan segala urusan yang berkaitan & berilah kejayaan yang tidak disangka-sangka. Amin..

Sunday, February 28, 2010

Score A - Selamat Pengantin Baru







28/02/2010 - Alhamdulilah 2 lagi bakal Biz Partner menghadiri NDO. Kali ini di KLIUC, seperti biasa ticket 'sold out' ...mcm goreng pisang panas. Lepas tu bergegas balik..nak sambung rewang rumah Wak Amat. Cuba menjadi anak sedara yang terbaik atas kemampuan & keikhlasan diri. Tak dapat tinggal & tolong lama..ada group meeting @ ZRP pkl 2.30pm. Teruja dengan pengisian & sharing dari semua Sr Biz Partner yang terlibat. InsyaAllah dalam masa yang terdekat aku kuasai pentas tersebut.

Saturday, February 27, 2010

Score A - Alhamdulilah ...tersenarai dalam TOP 20











27/02/2010 - Awal pagi sudah bergegas ke BTS untuk menyelia pendaftaran kursus NDO untuk dua bakal Biz Partner. Yang hebatnya mereka ini tidak pernah menghadiri B.O.O.M tapi terus berminat untuk ke NDO....insyaAllah boleh jadi top leader suatu hari nanti. Satu lagi phenomena yang dirasakan hebat...rombongan satu bas dari Kelantan hanya untuk menghadiri NDO. Hebat!!! Mereka sanggup berkelana sebegitu jauh untuk menuntut ilmu... anda bila lagi?
Selepas semuanya selesai bergegas balik kampung zaujah..pak sedara @ Wak Amat menikahkan anak perempuanya & majlis perkahwinan yang agak grand. Kena all-out hari ni sebab esok sibuk dengan mesyuarat PIBG, NDO & group meeting.
Alhamdulilah, dengan tidak disangka-sangka mendapat khabar gembira bila membuka email semasa berehat sebentar dari rewang. TOP 20 DIRECT SPONSOR & TOP 20 PERSONAL SALES. Semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Ya Allah aku bersyukur dengan segala pemberian & kurniaan Mu & berilah aku kejayaan yang lebih hebat..amin ya rabbal alamin..

Friday, February 26, 2010

Score A - Salam Maulidur Rasul, Nabi Muhammad s.a.w




26/02/2010 - Bersama kita menjadikan segala ajaran & akhlak Baginda sebagai pedoman untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan godaan & cabaran ini.
Tiada aktiviti khusus untuk hari ini. Mengambil kesempatan sempena cuti untuk mengemas laman & membersihkan kandang Didy & Niny. Lepaskan mereka untuk bermain-main dilaman. Memang kesukaan mereka bila dilepaskan dari kandang... cuma kami risau untuk membiarkan berada di luar kandang dalam masa yang lama.
Teruskan membuat prospecting SAP. Alhamdulilah sahabat sekolah zaujah tu bergitu positif. InsyaAllah akan ke B.O.O.M minggu hadapan. Semuga terbuka dengan lebih luas & jelas minda & hatinya.


Jiran baru buat majlis tahlil arwah & doa selamat sempena masuk rumah selepas Isya'. Tokey memproses ayam.... bagus2

Thursday, February 25, 2010

Score A - InsyaAllah akan ku gegar Langkawi satu hari nanti.





25/02/2010 - Sementara menunggu penerbangan balik ke Subang sempat kebeberapa tempat menarik di Langkawi antaranya Awana Porto Malai, Pantai Cenang & Dataran Lang. Sedikit baju & coklat untuk zaujah & anak2 sebagai buah tangan. InsyaAllah akau ku jejaki lagi bumi Langkawi untuk melancong bersama keluarga dan juga B.O.O.M Score A, InsyaAllah.
Ceramah sempena Maulidur Rasul di surau sementara NusaRhu oleh Ustaz Ajar dari UiTM Puncak Perdana. Alhamdulilah pengisian yang baik bagi bekalan bersama penduduk untuk mehadapi dunia yang semakin mencabar ini. Antara intipatinya ialah ..pengukukuhan aqidah adalah amat penting untuk selamat dunia & akhirat. Mungkin ramai yang dah tahu cuma terkadang kita terlalai & terlupa.

Score A - Jom gegar Langkawi !!!







24/02/2020 -Monitor delivery & buat sikit coverage @ BPP disebelah pagi. Alhamdulilah semuanya lancar. Bergegas ke Subang airport untuk ke Langkawi untuk site visit projek eBajet. Alhamdulilah selamat sampai & terus ke Bayview hotel.