Sunday, February 28, 2010

Score A - Selamat Pengantin Baru







28/02/2010 - Alhamdulilah 2 lagi bakal Biz Partner menghadiri NDO. Kali ini di KLIUC, seperti biasa ticket 'sold out' ...mcm goreng pisang panas. Lepas tu bergegas balik..nak sambung rewang rumah Wak Amat. Cuba menjadi anak sedara yang terbaik atas kemampuan & keikhlasan diri. Tak dapat tinggal & tolong lama..ada group meeting @ ZRP pkl 2.30pm. Teruja dengan pengisian & sharing dari semua Sr Biz Partner yang terlibat. InsyaAllah dalam masa yang terdekat aku kuasai pentas tersebut.

Saturday, February 27, 2010

Score A - Alhamdulilah ...tersenarai dalam TOP 20











27/02/2010 - Awal pagi sudah bergegas ke BTS untuk menyelia pendaftaran kursus NDO untuk dua bakal Biz Partner. Yang hebatnya mereka ini tidak pernah menghadiri B.O.O.M tapi terus berminat untuk ke NDO....insyaAllah boleh jadi top leader suatu hari nanti. Satu lagi phenomena yang dirasakan hebat...rombongan satu bas dari Kelantan hanya untuk menghadiri NDO. Hebat!!! Mereka sanggup berkelana sebegitu jauh untuk menuntut ilmu... anda bila lagi?
Selepas semuanya selesai bergegas balik kampung zaujah..pak sedara @ Wak Amat menikahkan anak perempuanya & majlis perkahwinan yang agak grand. Kena all-out hari ni sebab esok sibuk dengan mesyuarat PIBG, NDO & group meeting.
Alhamdulilah, dengan tidak disangka-sangka mendapat khabar gembira bila membuka email semasa berehat sebentar dari rewang. TOP 20 DIRECT SPONSOR & TOP 20 PERSONAL SALES. Semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Ya Allah aku bersyukur dengan segala pemberian & kurniaan Mu & berilah aku kejayaan yang lebih hebat..amin ya rabbal alamin..

Friday, February 26, 2010

Score A - Salam Maulidur Rasul, Nabi Muhammad s.a.w




26/02/2010 - Bersama kita menjadikan segala ajaran & akhlak Baginda sebagai pedoman untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan godaan & cabaran ini.
Tiada aktiviti khusus untuk hari ini. Mengambil kesempatan sempena cuti untuk mengemas laman & membersihkan kandang Didy & Niny. Lepaskan mereka untuk bermain-main dilaman. Memang kesukaan mereka bila dilepaskan dari kandang... cuma kami risau untuk membiarkan berada di luar kandang dalam masa yang lama.
Teruskan membuat prospecting SAP. Alhamdulilah sahabat sekolah zaujah tu bergitu positif. InsyaAllah akan ke B.O.O.M minggu hadapan. Semuga terbuka dengan lebih luas & jelas minda & hatinya.


Jiran baru buat majlis tahlil arwah & doa selamat sempena masuk rumah selepas Isya'. Tokey memproses ayam.... bagus2

Thursday, February 25, 2010

Score A - InsyaAllah akan ku gegar Langkawi satu hari nanti.





25/02/2010 - Sementara menunggu penerbangan balik ke Subang sempat kebeberapa tempat menarik di Langkawi antaranya Awana Porto Malai, Pantai Cenang & Dataran Lang. Sedikit baju & coklat untuk zaujah & anak2 sebagai buah tangan. InsyaAllah akau ku jejaki lagi bumi Langkawi untuk melancong bersama keluarga dan juga B.O.O.M Score A, InsyaAllah.
Ceramah sempena Maulidur Rasul di surau sementara NusaRhu oleh Ustaz Ajar dari UiTM Puncak Perdana. Alhamdulilah pengisian yang baik bagi bekalan bersama penduduk untuk mehadapi dunia yang semakin mencabar ini. Antara intipatinya ialah ..pengukukuhan aqidah adalah amat penting untuk selamat dunia & akhirat. Mungkin ramai yang dah tahu cuma terkadang kita terlalai & terlupa.

Score A - Jom gegar Langkawi !!!







24/02/2020 -Monitor delivery & buat sikit coverage @ BPP disebelah pagi. Alhamdulilah semuanya lancar. Bergegas ke Subang airport untuk ke Langkawi untuk site visit projek eBajet. Alhamdulilah selamat sampai & terus ke Bayview hotel.

Tuesday, February 23, 2010

Score A - Fast Track... No need BOOM go straight to NDO


23/02/2010 - Alhamdulilah perbincangan sambungan kontrak Bestari berjalan lancar. Ada la lagi kerja-kerja sehingga 2012, InsyaAllah. Perbincangan hangat dengan client berkenaan survival bangsa Melayu & agama Islam di negara tercinta ini. Hebatkan Melayu ini? Sudah adalah kajian mendalam berkenaan dengan bangsa Melayu? Kenapa Islam yang ada di bangsa Melayu tidak atau belum menyerlahkan kehebatanya? persoalan-persoalan yang agak sukar dijawab.
Alhamdulilah prospecting pada sebelah malam juga menghasilkan sesuatu yang hebat & memberangsangkan. Tidak perlu dibawa ke preview/BOOM...prospek setuju ke NDO terus dan mereka bercadang untuk sign-up pada 1/3/2010...Subhanaullah...

Score A - InsyaAllah L2 can be completed this week!!!


22/02/2010 - Alhamdulilah Biz Partner ke-3 sign-up hari ni. Lagi sorang untuk complete langkah 2. InsyaAllah boleh settle dalam minggu ini. Yang menunggu ramai cuma tunggu masa sahaja.

Sunday, February 21, 2010

Score A - NDO @ Kolej Kediaman Raja Nazrin UM
















21/02/2010 - Semangat yang ditunjukan oleh Pak Sedara yang bakal menjadi Biz Partner amat mengujakan. Pukul 8.15am dah sampai. Kami baru nak gerak dari Puchong. Melilau gak nak cari Kolej ke-12 tu. Hari ni kena jaga anak2 seharian & berbelanja dapur di Giant. Semuga kefahaman zaujah semakin mantap & sokongan terhadap SAP ini semakin hebat selepas NDO. InsyaAllah

Score A - NDO @ ZRB BTS











20/02/2010 - Memberi sokongan moral kepada potential Biz Partner di NDO BTS. Alhamdulilah nampaknya keberkesanan NDO semakin terserlah. InsyaAllah akan menjadi Biz Partner dalam masa yang terdekat.
Kondangan kat rumah Tn Hj Ir Razlan (Fasa baru)bersama Iddin. Zaujah dan anak2 perempuan marhaban & tahlil pada paginya.
Balik rumah Puchong untuk persiapan terakhir bagi kemasukan penyewa bilik & untuk menghantar zaujah ke NDO @ UM. Burger Otai sebagai santapan makan malam, bole tahan mahal ...cuma rasa ada sikit lain.. sedap skit kot.

Friday, February 19, 2010

Score A - InsyaAllah kerja hakiki tidak terjejas







19/2/2010 - Alhamdulilah banyak good news hari ni. Persiapaan tender KTTH lancar, dapat beberapa new leads dr biz partner. Di Mindef pun bagus nampaknya..tak banyak sikit pun jadi la. SAP juga memberangsangkan walaupun 2 down yang lagi 3 nampaknya hebatt.. InsyaAllah.

Thursday, February 18, 2010

Score A - RMC Monthly Medal & B.O.O.M @ ZRB BTS










18/2/2010 - Pertama kali ambil bahagian dalam RMC Monthly Medal. Narrow & confusing fairway . Ada dua holes par 3 green betul2 atas bukit...boleh tahan mencabar course ni. Score pun tak berapa bagus ...cumanya puashati dapat berkongsi beberap tips buat customer yang dah lama tak main. Atleast dia dah boleh pukul & bola kedepan...bukan melilau tak tentu arah..

Bersama kawan kampung @ potential SAP Biz Partner menghadiri BOOM @ ZRB Bandar Tasik Selatan. Amat positif tindakbalasnya. Cuma kena follow-up. InsyaAllah bole la tu..

Wednesday, February 17, 2010

Score A - Ops Sikap vs Tender Mampu




17/02/2010 - Alhamdulilah selamat & diterima walaupun terlambat sedikit sampai di kaunter penyerahan. Terpaksa mengatasi fobia memandu laju demi mengejar masa akhir penerimaan dokumen tender. Berdoa agar tiada speed trap sepanjang perjalanan. Petang selesaikan masalah2 yang tertangguh (eg paip bocor, kepala paip rosak, toilet pump rosak, sliding door, lampu ets) sebelum penyewa masuk ke Sri Teratai. Tiada aktiviti SAP malam ni. Prospek tak dapat datang lagi...pun elok juga badan penat buat tender tak hilang lagi. Tidur awal...zzzz

Tuesday, February 16, 2010

Score A - Sri Teratai, Tender Mampu & TTC




16/2/2010 - Habiskan kemas rumah Puchong & beli barang sikit sebagai persediaan untuk kedatangan penyewa 18/2/10. Cuba tukar sendiri kepala paip bilik air...nampaknya tidak berjaya..terpaksa panggil plumber juga. Lepas Asar ke pejabat untuk menyiapkan tender Mampu. Lepas Maghrib tunjukkan Biz Partner pejabat ZRB untuk TTC. Semuga dia akan buat perkara yang sama kepada partner baru untuk biz yang sedang diusahakan. Balik semula ke pejabat untuk meneruskan perjuangan sepanjang malam hingga ke suboh untuk menyiapkan tender. Pekena gulai kambing @ Rafi Bistro. Ya Allah permudahkan la segala urusan. Berilah aku kejayaan untuk segala yang aku usahakan termasuk tender2 & juga SAP. Amin Ya Allah...

Monday, February 15, 2010

Score A - Gerak gempur @ Bkt Gambir, Ledang (day 2)


15/2/2010 - Belanja pasar di Komplek Pasar Tani Bkt Gambir, ramainya orang..nak beli ayam pun kena Q. Sudahnya beli kat tempat sembelihan... lagi cepat & fresh. Banyak kedai tutup hari ni...kedai Cino mmg dah sedia maklum...yg kedai melayu pun tutup tu apa kedahalnya...tak faham betul. Sepatutnya masa ni la nak buat 'sales' lebih sikit. Entahlah.... dah kaya kot...
Sempat meracun dusun sebelah rumah..abis juga 6 tong. Trim pokok mata kucing, mangga, jambu air & kelapa. Dapat la setandan kelapa muda untuk dibawa balik ke SA. Beberapa keputusan & pendekatan dalam pengurusan kebun pusaka arwah ayah telah dicapai. Semuga perjalanan selepas ini bertambah lancar & efisen..InsyaAllah
Sebelum balik sempat berkongsi maklumat Score A Programme (SAP) dengan Kak Roha & Abg Mie . Dalam masa yang terhad tak banyak yang boleh dikongsi. Cuma harap2 terbuka minda & hati untuk bersama mengusahakan SAP ini.
Pukul 4.20pm bergerak balik ke SA. Jem sebelum exit Senawang lagi....berterusan hingga selepas RnR Seremban. Berhenti solat & makan bontrot ibu (bubur lambok special....air tangan ibu tercinta) di RnR Dengkil. Alhamdulilah selamat sampai dalam pukul 8.30mlm. Nak tidur awal..esok nak all out buat tender & SAP juga.

Score A - Gerak gempur @ Bkt Gambir, Ledang






14/2/2010 - Bergerak balik ke kampung agak lewat. Pukul 9 baru bertolak. Penangan Score A, sembang & strategize dgn zaujah sampai pukul 2 rasanya. Traffic agak padan menghampiri Seremban(biasala tu..). Alhamdulilah selamat sampai di rumah besan mak dalam pukul 11.45am. Terus makan....tak rewang(mengelat)...kira kondangan je. Cuaca amat panas ..kesian si pengantin..laju je jalanya..
Petang masuk Sengkang..sempat buat 'sharing' pasal Score A dengan Along , Angah & Paman Moh. Tindakbalas yang agak positif. InsyaAllah boleh berjaya. Cumanya perlu lebih pendedahan & penerangan.
Malam sempat jumpa sahabat2 yang balik kampung sempena CNY. Tapi cuma MasJB & Attai je yang dapat join.

Saturday, February 13, 2010

Score A - Silaturahim & SAP @ Setia Alam, Kelang


13/02/2010 - Alhamdulillah, Allah permudahkan sessi 'sharing' dengan kawan sekolah zaujah. Mulanya nervous juga kerana kawan ni bukan calang2 orang. Bekerja di syarikat O&G terkenal dinegara kita dengan pendapatan yang tidak kurang hebatnya. Insya Allah akan jadi Biz Partner dalam masa yang terdekat ini. Syukran...masuk lagi sedikit bonus hari ni...semakin menarik kehidupan ini...Alhamdulillah.

Score A - xUSM Teh Tarik session @ Sec 13 S A


12/2/10 - Mendapat perkhabaran gembira dr Sr Biz Partner..bonus pertama dah masuk. Alhamdulilah dalam masa 12 hari sudah dapat bonus. Tak banyak tapi amat mengujakan bagi sesorang yang telah banyak kali gagal dalam Network Marketing.
Mengambil kesempatan dalam sesi teh tarik dengan kawan2 sekampus USM, berkongsi peluan dalam SAP. Alhamdulilah hasilnya amat positif. Seterusnya adalah misi membawa mereka ke B.O.O.M.