Monday, February 15, 2010

Score A - Gerak gempur @ Bkt Gambir, Ledang (day 2)


15/2/2010 - Belanja pasar di Komplek Pasar Tani Bkt Gambir, ramainya orang..nak beli ayam pun kena Q. Sudahnya beli kat tempat sembelihan... lagi cepat & fresh. Banyak kedai tutup hari ni...kedai Cino mmg dah sedia maklum...yg kedai melayu pun tutup tu apa kedahalnya...tak faham betul. Sepatutnya masa ni la nak buat 'sales' lebih sikit. Entahlah.... dah kaya kot...
Sempat meracun dusun sebelah rumah..abis juga 6 tong. Trim pokok mata kucing, mangga, jambu air & kelapa. Dapat la setandan kelapa muda untuk dibawa balik ke SA. Beberapa keputusan & pendekatan dalam pengurusan kebun pusaka arwah ayah telah dicapai. Semuga perjalanan selepas ini bertambah lancar & efisen..InsyaAllah
Sebelum balik sempat berkongsi maklumat Score A Programme (SAP) dengan Kak Roha & Abg Mie . Dalam masa yang terhad tak banyak yang boleh dikongsi. Cuma harap2 terbuka minda & hati untuk bersama mengusahakan SAP ini.
Pukul 4.20pm bergerak balik ke SA. Jem sebelum exit Senawang lagi....berterusan hingga selepas RnR Seremban. Berhenti solat & makan bontrot ibu (bubur lambok special....air tangan ibu tercinta) di RnR Dengkil. Alhamdulilah selamat sampai dalam pukul 8.30mlm. Nak tidur awal..esok nak all out buat tender & SAP juga.

No comments: